• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!

Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!

April 11, 2017 By Han Othman 4 Comments

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat peminat dan pengumpul kereta mainan. Syarikat mainan dari Denmark, LEGO ada melancarkan model McLaren 720S buat peminat setia mainan kubikel plastik tersebut. Juga berita baik kepada peminat McLaren yang belum cukup kaya untuk membeli model supercar itu. 😅

720S ialah model baharu dalam barisan LEGO Speed Champions yang diperkenalkan bersama saudaranya, McLaren P1 pada 2017.

BACA >>> McLaren 720S Spider Rasmi Lancar di Malaysia, RM1.2 juta

SET LENGKAP, SIAP PEREKA

Dengan harga £12.99 (RM72), McLaren 720S versi LEGO ini tidak memerlukan anda membelanjakan wang sebanyak £208,600 (RM1.15 juta) hanya untuk menenangkan hati yang bergelora. Malah, anda juga tidak perlu memiliki lesen memandu sah untuk menikmati kemewahan dan keangguna kereta sport berkenaan.

Set LEGO McLaren 720S bukan sekadar didatangkan dalam set lengkap yang cukup untuk membina sebuah kereta kecil sahaja. Tetapi pembeli turut dihadiahkan mainan patung LEGO, iaitu pereka supercar tersebut yang siap dengan meja kerja, secawan kopi, lakaran desain dan model skala 3D.

Malah, si patung pereka itu turut diberikan helmet untuk memandu dalam trek dan rim ekstra, termasuk spanar untuk menukar tayar.

Berita sedihnya, model ini sudah ditamatkan pengeluara dalam senarai produk LEGO. Satu-satunya cara mendapatkannya adalah dengan cari sendiri di mana-mana kedai mainan yang ada menjual LEGO atau ke butik LEGO sendiri. Ataupun buat pesanan atas talian kepada pengumpul koleksi yang mahu melepaskan mainan mereka.

Sekarang kenalah tunggu mana tahu LEGO akan keluarkan pula varian 720S Spider.

BACA >>> Inilah McLaren Senna yang Paling Mampu Milik, Cuma RM79.90 Sahaja!

GALERI

SUMBER: CarScoops

 

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Kubikel Mainan, LEGO, LEGO® Speed Champions, Mainan, McLaren, McLaren 720S, Speed Champions, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my