• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bugatti, Adidas Kerjasama Hasilkan But Bola Adidas X Crazyfast Bugatti, Ada 99 Pasang Sahaja!

Bugatti, Adidas Kerjasama Hasilkan But Bola Adidas X Crazyfast Bugatti, Ada 99 Pasang Sahaja!

December 18, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KAMI sebelum ini sudah memaparkan pelbagai artikel mengenai Bugatti, dari kereta, skuter, cermin mata hingga kediaman mewah di Dubai.

Kali ini lebih unik, but bola yang melibatkan kerjasama antara Bugatti dan Adidas. Hasilnya ialah Adidas X Crazyfast Bugatti yang dikeluarkan dalam unit terhad, 99 pasang sahaja.

Dibuat daripada model Adidas X Crazyfast, but bola bertali itu membawa pengaruh Bugatti yang bukan saja dibangunkan untuk kelajuan, tetapi juga falsafah rekabentuk Form Follows Performance.

Jika enjin W16 menjadi nadi Chiron, bahagian penting X Crazyfast terletak pada teknologi plat tapak Speedframe yang inovatif. Teknologi itu diterjemah pada struktur kasut yang ringan dan plat kukuh untuk pecutan pantas.

Satu lagi komponen penting ialah lapik dalam (lining) Aerocage yang memberi sokongan bersesuaian dan kestabilan dengan mencengkam bahagian tengah kaki (mid foot).

Lapisan jaring lut udara Aeropacity Speedskin membantu dalam kelajuan dan kestabilan, manakala bahagian bawah gentian karbon adalah salinan kepada bahan yang digunakan meluas pada model Bugatti.

Lapisan bahagian kaki tengah menyerlah dalam warna biru Bugatti Blue dengan tulisan 'Impossible is Nothing' yang mewakili Adidas, manakala 'Create the Incomparable' merujuk kepada Bugatti.

Logo EB atau Ettore Bugatti disebarkan pada suku belakang but dalam warna hitam yang menaikkan gaya elegan dan misteri. Setiap pasang X Crazyfast Bugatti diberi bersama kotak istimewa dalam rekaan sulaman gentian karbon.

Bagi memastikan peminat atau pemburu kasut ini diberi peluang adil, 99 pasang yang ditawarkan boleh dimiliki secara bidaan dalam laman sesawang adidas. Sesi tersebut sebenarnya sudah berlalu dan siapa tahu berapa harga sepasang?

BACA >>> Bugatti Residences by Binghatti, Bukan Miami, Kediaman Pertama Bugatti Ini Dibina di Dubai!
BACA >>> Bugatti Bolide (2024) Ini Ada 40 Unit Sahaja, Dibikin Khas untuk Litar pada Harga RM19.4j!
BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri
BACA >>> Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport...

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Adidas, adidas X Crazyfast Bugatti, aksesori, Bugatti, But Bola, Kasut Bola

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev