• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jenama Kove Bakal Masuk Malaysia, Lima Model Muncul Sempena MotoGP Malaysia 2023

Jenama Kove Bakal Masuk Malaysia, Lima Model Muncul Sempena MotoGP Malaysia 2023

November 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN skuter MODA Shifter 400X, ada lima motosikal jenama Kove disusun di ruang pameran AMI (AFY Mobility Industries) bersebelahan Suzuki Malaysia di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Semua produk jenama China itu mungkin dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, dijangka seawal tahun depan. Berikut lima model KOVE yang dipamerkan:

1. KOVE 500 X

  • Motosikal adventure touring untuk segmen 500cc.
  • Dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 471cc DOHC penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI) dengan output kuasa 47hp @ 8,500rpm, dan tork 43Nm @ 7,500rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum 170kmj.
  • Kapasiti tangki minyak 20 liter dengan purata penggunaan bahan api 4.2 liter per 100km.
  • Dimensi panjang 2,150mm, lebar 910, dan tinggi 1,450mm., manakala jarak roda 1,460mm dan tinggi pelana 820mm.
  • Berat kasar 178kg, dan jarak tinggi bumi 210mm.
  • Menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB 41mm, dan monoshock KYB yang kedua-duanya jenis boleh laras.
  • Sistem brek cakera kembar dengan kaliper dwi-piston (depan), dan cakera tunggal dengan kaliper piston tunggal (belakang). Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim jejari 19 inci dengan tayar Pirelli 110/80 di depan, dan 17 inci dengan tayar 150/70 (belakang).

2. KOVE 321RR

  • Sportbike dwi-silinder 322cc DOHC penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI) menghasilkan output kuasa 38.9hp @ 11,000rpm, dan tork 28Nm @ 9,000rpm.
  • Tiada maklumat dikongsi mengenai perincian kotak gear, dan dilengkapi sistem klac antigelincir Slipper Clutch dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Kelajuan maksimum 170kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 4.2 saat.
  • Kapasiti tangki minyak 13 liter. Berat kasar 151kg.
  • Dimensi panjang 1,975mm, lebar 743mm dan tinggi 1,075mm. Jarak tinggi bumi 120mm.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 37mm di depan dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan brek cakera 240mm dengan kaliper dwi-piston (belakang) serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

3. KOVE 450RR

  • Sportbike 4-silinder sebaris 443cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 69.7hp @ 13,000rpm, dan tork 39Nm pada 10,500rpm.
  • Perincian transmisi tidak dikongsi, tetapi dilengkapi teknologi klac antigelincir, anjakan gear pantas quickshifter, Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Kawalan Luncur.
  • Kelajuan maksimum 220kmj.
  • Berat kasar 165kg dengan kapasiti tangki minyak 14 liter.
  • Sistem suspensi fork terbalik KYB 41mm di depan, dan monoshock KYB di belakang yang kedua-dua jenis boleh laras penuh.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 160/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera kembar 300mm (depan), dan cakera tunggal 220mm (belakang). Ada sistem ABS dua saluran.

4. KOVE 450 RALLY FACTORY EDITION

  • Motosikal dalam segmen adventure rally kelas pertengahan.
  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 449cc DOHC penyejukan cecair dan minyak, menawarkan kuasa 53.6hp @ 9,500rpm dan tork 42Nm @ 7,000rpm.
  • Tiada maklumat tentang transmisi digunakan. Kelajuan maksimum 170kmj.
  • Kapasiti tangki minyak 30 liter dan berat kasar 145kg.
  • Dimensi panjang 2,170mm, lebar 810mm dan tinggi 1,490mm. Jarak tinggi bumi 310mm dan jarak roda 1,490mm.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock (belakang).
  • Rim depan 21 inci dengan tayar 90/90, dan 18 inci dengan saiz tayar 140/80 (be;lakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 288mm dengan kaliper dwi-piston (depan), dan brek cakera 240mm dengan kaliper piston tunggal serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

5. KOVE COBRA 321R

  • Dipasang enjin sama seperti model 321RR, tetapi output kuasa dan tork lebih tinggi iaitu 39.5hp dan 29Nm.
  • Kelajuan maksimum kekal sama, 170kmj.
  • Dimensi motosikal lebih pendek, 1,940mm, tetapi lebih lebar 825mm dengan berat lebih ringan, 149kg dan jarak tinggi bumi 175mm.
  • Siste, suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 41mm di depan dan monoshock (belakang).
KOVE 500 X
KOVE 321RR
KOVE 450RR
KOVE 450 Rally Factory Edition
KOVE COBRA 321R

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AFY Mobility Industries (AMI), KOVE Malaysia, MotoGP 2023, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my