• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (Facelift)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (Facelift)

January 14, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

Perodua_Myvi-facelift_Pandulaju    Perodua_Myvi-facelift_belakang_Pandulaju

SEPERTI diketahui ramai, Perodua Myvi versi dipertingkatkan (facelift) akan dilancarkan esok (15 Januari) dan Perodua juga sudah membuka tempahan sejak dari minggu lepas lagi.

Mungkin ada di antara anda yang masih belum mengetahui apakah ciri baharu yang terdapat pada Myvi facelift ini.

Ia menawarkan penampilan lebih segar termasuk peningkatan ciri keselamatan yang memberi nilai tambah kepada pengguna sehingga berjaya menjadi model terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

Untuk makluman, Myvi facelift bakal diperkenalkan dalam varian 1.3L dan 1,5L. Bagi Myvi 1.3L, ia didapati dalam dua varian iaitu Standard G dan Premium X. Manakala Myvi 1,5 pula ditawarkan dalam varian Special Edition (SE) dan Advance.

Berikut kami sediakan ringkasan untuk panduan anda. Antara ciri baharu yang terdapat pada Myvi facelift ini adalah seperti berikut;

Perodua-Myvi-2015-1Perodua Myvi 1.3 Standard G
- Ditawarkan dalam transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.
- Radio bersama pemain CD.

Perodua Myvi 1.3 Premium X
- Hanya ditawarkan dalam transmisi automatik 4-kelajuan
- Radio bersama pemain cd dengan sambungan USB dan Bluetooth
- Ciri seselamatan dipertingkatkan- ABS, EBD, BA (tidak terdapat pada Standard G)
- Mendapat pengiktirafan 4-bintang daripada ASEAN NCAP (dicapai menerusi penambahbaikan struktur kenderaan)

Perodua Myvi 1.5 SE & Advance
- Penampilan bampar baharu.
- Radio skrin sesentuh dengan kamera undur
- Hadir bersama ciri keselamatan standard yang dipertingkatkan (ABS, EBD dan BA) bernilai RM3,800
- Mendapat pengiktirafan 4-bintang daripada ASEAN NCAP (dicapai menerusi penambahbaikan struktur kenderaan)NEW_Booking_D46D_Flyer

Perodua-Myvi-facelift-pandulaju-com    Perodua_Myvi-facelift_anti_PandulajuWarna: Penambahan dua warna baharu iaitu biru dan emas. Menambah warna sedia ada iaitu oren, ungu, perak dan putih.
Harga: Bermula RM41,500 hingga RM58,900 (Harga jualan adalah lebih rendah berbanding versi terdahulu)
Waranti: Jaminan lima tahun atau 150,000km.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Pandu uji Perodua Myvi 20155, Perodua Myvi Advance, Perodua Myvi Facelift, Perodua Myvi Premium X, Perodua Myvi SE, Perodua Myvi Standard G

Comments

  1. onlinepharmainfo.com says

    June 6, 2016 at 11:38 PM

    Baki yang perlu anda jelaskan juga akan meningkat kerana anda perlu membayar penalti pembayaran lewat. Oleh itu, anda perlu menjelaskan ansuran mengikut waktu yang telah ditetapkan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev