• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Roller-Coaster di Ferrari Land Mampu Pecut 0-180kmj Sepantas 5 Saat

Roller-Coaster di Ferrari Land Mampu Pecut 0-180kmj Sepantas 5 Saat

April 13, 2017 By Azhan O 2 Comments

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENTERA ini mampu memecut 0-180kmj sepantas 5 saat dari ketinggian 112 meter. Nasihat kami, jangan sesekali cuba kalau anda tidak mempunyai set jantung yang kuat, apatah lagi mudah histeria. Tetapi ini bukanlah sebuah kereta, tetapi roller-coaster yang disahkan paling tinggi dan pantas di Eropah.

Dibuka secara rasmi pada 7 April lalu, roller-coaster Red Force di taman tema Ferrari Land dekat Salou, Sepanyol itu direka untuk mensimulasikan sensasi adrenalin sebenar seperti yang dirasai pelumba-pelumba Formula Satu (F1). Selain rekabentuk kabin berbentuk kereta dengan warna signatur Ferrari, iaitu merah, dan kamera turut dipasang untuk memaparkan pandangan dan reaksi penumpang.

TERJUN DENGAN KELAJUAN TINGGI

Hanya beberapa saat selepas keluar dari bumbung petak mula, kabin penumpang terus memecut laju mendaki rel sebelum memperlahan kelajuan di belokan puncak seolah-olah seperti sedang mengambil selekoh. Kemudian, dari ketinggian ratusan meter itu, penumpang sekali lagi dibawa terjun ke bawah rel secara menegak dalam kelajuan tinggi dan kembali ke petak mula.

Pembangunan taman tema Ferrari Land sebagai satu lagi tarikan terbaru di bumi Sepanyol itu menelan belanja setinggi €100 juta (RM469 juta) di kawasan PortAdventura World. Kenapa mahal? Apa tidaknya, pemaju perlu mengupah sepasukan pakar untuk memasang skru secara manual satu persatu semata-mata memastikan keselamatan struktur. Roller-coaster itu kemudian akan menjalani proses ujian terlebih dahulu sebelum dibuka kepada penumpang awam.

Tiket sehari ke PortAventura Park dan Ferrari Land bagi pengunjung dewasa dan kanak-kanak berusia 11 tahun ke atas bermula harga €60 (RM282), manakala tiket kanak-kanak 4 hingga 10 tahun, €52 (RM245).

Pemecut vertikal Ferrari Land  berjaya memecahkan rekod roller coaster Shambhala, juga di Sepanyol sebagai terbesar di Eropah. Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Piero Ferrari, iaitu anak lelaki kepada pengasas Ferrari, Enzo Ferrari, termasuk pemandu uji Ferrari, Marc Gené.

KETERUJAAN SEBENAR


Ferrari Land direka untuk mewujudkan semuak keterujaan sebenar legenda Ferrari. Dibina atas kawasan berkeluasan 750,000 kaki persegi, taman tema baharu itu menawarkan 11 tarikan untuk seisi keluarga yang menumpukan kepada elemen teknologi dan adrenalin.

Selain cabaran kelajuan, pengunjung juga boleh melawati restoran, kedai dan pertunjukan yang dibina dengan semangat Ferrari. Pengunjung juga berpeluang berlumba dalam trek Maranello Grand Race dengan memandu kereta lumba GT Itali dalam litar sepanjang 1,640 kaki.

Ferrari Land ialah projek terbesar PortAventura World Resort, iaitu taman tema paling popular di Sepanyol dengan jumlah pengunjung tahunan mencecah lebih 4 juta orang. Taman tema baharu berkonsepkan kereta itu diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung yang pastinya tidak sabar mencuba kelajuan Red Force.

GALERI

ferrari-land-2
ferrari-land-9
ferrari-land-1
ferrari-land-5
ferrari-land-7
ferrari-land-10
ferrari-land-6
ferrari-land-11
ferrari-land-8
ferrari-land-3
ferrari-land-4

KREDIT FOTO: The Sun

Related

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Ferrari, Ferrari Land, Red Force, roller-coaster, Sepanyol, taman tema, taman tema Ferrari Land

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev