• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Pak Belang' Mati di Lebuhraya PLUS, Dilanggar Ketika Lintas Jalan untuk Cari Makanan

'Pak Belang' Mati di Lebuhraya PLUS, Dilanggar Ketika Lintas Jalan untuk Cari Makanan

November 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEEKOR harimau belang dewasa dianggarkan berusia 8 hingga 1o tahun ditemui mati di Lebuhraya PLUS dekat Gopeng, Perak tengah malam tadi.

Bangkai harimau jantan itu ditemui dalam keadaan terbaring di tengah pengadang lebuh raya dekat Hentian Sebelah Gua Tempurung. Laporan awal menyatakan harimau malang itu dirempuh treler ketika cuba melintas jalan.

Laporan akhbar tempatan menyatakan pengurusan PLUS membuat makluman penemuan bangkai haiwan liar itu kira-kira jam 12.30 malam tadi, sebelum dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff mengesahkan penemuan bangkai haiwan tersebut, tetapi kenyataan mengenai insiden itu akan dikeluarkan ibu pejabat.

Yusoff juga mengesahkan kelibat harimau belang pernah dikesan di Kampung Sahom, Kampar sejak 22 Oktober lalu. Lokasi penemuan bangkai harimau itu terletak berhampiran Kampung Sahom.

Harimau itu dilaporkan muncul di Kampung Sahom untuk mencari sumber makanan berikutan bilangan babi hutan dekat kawasan itu berkurangan disebabkan wabak demam babi afrika.

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Harimau mati kena langgar treler, Hentian Sebelah Gua Tempurung, Lebuhraya PLUS, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my