SEBANYAK dua juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya PLUS pada hari-hari puncak sempena sambutan cuti perayaan Deepavali tahun ini.
Seperti biasa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan satu jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang untuk tarikh 10 hingga 14 November ini.
TTA itu dilihat sebagai satu panduan membantu pengguna merancang perjalanan mereka dan pada masa sama, membolehkan PLUS mengagihkan trafik serta mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.
PLUS menyatakan:
Jadual TTA boleh diperoleh menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia.
"Namun, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya."
SUMBER: Awani
Leave a Reply