• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Gixxer 250 (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.5k!

Suzuki Gixxer 250 (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.5k!

November 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS mempertonton barisan model 250cc di Kuala Lumpur Bike Show 2023, Suzuki Malaysia akhirnya mengumumkan tawaran model Suzuki Gixxer 250 (naked bike) dan Gixxer SF250 (fairing penuh) buatan tempatan (CKD).

Dua model itu menandakan penerokaan pertama jenama Suzuki ke dalam segmen naked dan sport suku liter selepas kembali semula ke pasaran Malaysia pada tahun 2020.

Artikel pertama ini akan memberi fokus kepada naked bike Suzuki Gixxer 250 dan laporan tentang sportbike Gixxer SF250 boleh didapati di sini.

PERINCIAN GIXXER 250

  • Harga RM14,500 tanpa insurans dan cukai jalan.
  • Jaminan pengilang dua tahun atau 20,000km, mana-mana tiba dulu.
  • Ada dua warna pilihan disediakan iaitu Metallic Matte Stellar Blue (biru gelap kusam) dan Metallic Matte Black No. 2 (hitam kusam).
  • Suzuki Gixxer 250 berkongsi enjin dengan sportbike Gixxer SF250 iaitu jenis 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC, menggunakan sistem suntikan bahan api dan teknologi penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS).
  • Dipadankan dengan transmisi kotak gear manual 6-kelajuan, motosikal ini mampu menghasilkan kuasa 26.7hp pada 9,300rpm dan tork 22.2Nm pada 7,300rpm.
  • Gixxer 250 menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kerana adanya teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) yang menawarkan kecekapan penggunaan bahan api lebih efisien.
  • Sistem suspensi membabitkan fork konvensional dengan penyerap hentak tunggal untuk bahagian belakang.
  • Sistem henti disandarkan kepada brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda. Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dimensi motosikal panjang 2,010mm, lebar 805mm dan tinggi 1,035mm. Jarak roda 1,240mm dan jarak bumi 165mm.
  • Motosikal seberat 156kg itu memiliki ketinggian pelana 800mm dan menampung kapasiti tangki petrol 12 liter.
  • Rim aloi digunakan 17 inci, dibalut tayar saiz 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).
  • Sistem pencahayaan lampu hadapan dan belakang jenis LED.

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kuala Lumpur Bike Show 2023, roda2, sportbike 250cc, Suzuki Gixxer 250, Suzuki Gixxer SF250, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my