• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BSH Perkenalkan Warna Baharu Honda ADV160 (2023), Harga Mula RM12.9k!

BSH Perkenalkan Warna Baharu Honda ADV160 (2023), Harga Mula RM12.9k!

November 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan tawaran pilihan warna baharu untuk skuter Honda ADV160 (2023) iaitu Force Silver (perak) dengan harga jualan disyorkan RM12,999, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj pendaftaran.

Honda ADV160 dengan warna baharu boleh didapati menerusi semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara bermula esok, 7 November 2023.

Honda ADV160 (2023) - 2
Honda ADV160 (2023) - 6

Aspek mekanikal dan spesifikasi Honda ADV160 kekal seperti model semasa iaitu dipacu enjin silinder tunggal berkapasiti  156.9cc 4-injap dengan teknologi enhanced Smart Power Plus (eSP+), menjanjikan kuasa  15.8hp pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm.

Honda ADV160 juga dilengkapi teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) mengoptimumkan hantaran tork ke roda belakang, membantu mengurangkan berlakunya kegelinciran tayar.

Aspek lain kekal sama iaitu tempat duduk 780mm, visor angin boleh laras dua tahap dan ruang simpanan 30 liter bawah pelana. Jaminan ditawarkan kekal 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu)

Honda ADV160 (2023) - 2
Honda ADV160 (2023) - 1
Honda ADV160 (2023) - 8
Honda ADV160 (2023) - 5
Honda ADV160 (2023) - 4
Honda ADV160 (2023) - 7
Honda ADV160 (2023) - 3
Honda ADV160 (2023) - 6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda ADV160 (2023), roda2, Skuter 160cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev