• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) Masuk Malaysia, Harga Mula RM115k!

Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024) Masuk Malaysia, Harga Mula RM115k!

November 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Hayabusa 25th Anniversary Edition sudah tiba ke bilik pameran rangkaian pengedar  Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Harganya bermula serendah RM115,900, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Skim warna ditawarkan ialah Glass Blaze Orange & Glass Sparkle Black (oren hitam) dengan liveri grafik abjad V berwarna merah, eksklusif untuk model edisi ulang tahun itu. Berikut ialah perinciannya:

  • Nama Hayabusa tertera pada mufler dan rantai.
  • Ada lencana ulang tahun ke-25 dan logo Suzuki 3D dilekat pada tangki minyak.
  • Motosikal pelana tunggal, tiada tempat duduk pembonceng kerana ditutup dengan kowl.
  • Enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC dengan sejukan cecair dan suntikan bahan api, didakwa menawarkan kuasa 187hp pada 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm. Kotak gear manual 6-kelajuan.
  • Suspensi fork terbalik (USD) dengan penyerap hentak tunggal (belakang).
  • Cakera brek berkembar dengan kaliper Brembo Stylema 4-piston (depan), cakera tunggal kaliper Nissin piston tunggal (belakang). Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 190/50 (belakang).
  • Kapasiti tangki minyak 20 liter. Berat kasar 264kg.
  • Dimensi panjang 2,180mm, lebar 735mm, tinggi 1,165mm dan jarak roda 1,480mm. Jarak bumi 125mm dan ketinggian pelana 800mm.
  • Dilengkapi Sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) menawarkan beberapa ciri bantuan tunggangan iaitu:
    • Penyelarasan kuasa,
    • Kawalan Cengkaman Termaju
    • Kawalan Jelajah dan Launch Control
    • Teknologi Quick Shift
    • Sistem ABS Motion Track dan Sistem Brek Kombi
    • Ada komponen dengan kemasan anod emas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Suzuki Big Bike World, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my