• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Insiden Pokok Tumbang: 6 Kenderaan Kena Hempap di Tiga Lokasi, Ada Pemandu Terperangkap

Insiden Pokok Tumbang: 6 Kenderaan Kena Hempap di Tiga Lokasi, Ada Pemandu Terperangkap

November 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LIMA kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam hujan lebat di Petaling Jaya, Selangor petang semalam.

Insiden berlaku di parkir awam Jalan PJU 5/15, Kota Damansara, iaitu di kawasan perniagaan. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada jam 3.36 petang.

Menurut laporan, satu pasukan anggota Bomba dengan jentera FRT dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7 bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja memotong dan pembersihan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima kenderaan yang rosak terdiri daripada:

  • Perodua Axia
  • Proton Saga BLM
  • Nissan Almera
  • Honda City
  • Honda City Hatchback

Menurutnya, semua kenderaan tersebut diparkir tanpa membabitkan mangsa.

POKOK TUMBANG DI DAMANSARA

Ahmad Mukhlis menambah, tujuh pokok dilaporkan tumbang hingga menghalang laluan di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara petang semalam, jam 3.31 petang.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak membabitkan mangsa dan kerja memotong serta mengalihkan pokok tumbang dijalankan anggota dari BBP Damansara.

POKOK TUMBANG DI KEPONG

BBP Damansara turut menerima laporan insiden pokok tumbang di Jalan KIP, Taman Perindustrian KIP dekat Kepong yang menimpa sebuah lori.

Kejadian dilaporkan jam 3.25 petang itu menyebabkan pemandu lori terperangkap di bahagian pemandu. Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba."

Pemandu lori lelaki berumur 46 tahun itu terselamat tanpa sebarang kecederaan. Anggota dari BBP Sungai Buloh ke lokasi untuk mengalihkan pokok tumbang.

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Mukhlis Mukhtar, Auto Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev