• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cadangan Naik Taraf Lesen B2 kepada B Bakal Jadi Realiti?

Cadangan Naik Taraf Lesen B2 kepada B Bakal Jadi Realiti?

October 31, 2023 By Shawkath 4 Comments

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CADANGAN menaik taraf lesen memandu motosikal untuk kelas B2 kepada B secara automatik kini berada di peringkat akhir penelitian Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pelaksanaan cadangan itu dijangka dibentangkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selewat-lewatnya akhir tahun ini sebelum pengumuman dilakukan.

Beliau berkata;

Cadangan berkenaan melibatkan dasar dan JPJ menunggu keputusan daripada MOT sebelum ia dibentang untuk pelaksanaan.

"Kalau perlu bawa ke Jemaah Menteri, kita akan bawa (cadangan pelaksanaan)... dalam tahun ini juga kita akan selesaikan."

Pada Ogos lalu, media melaporkan Ahmad Zahid memberi cadangan kepada MOT supaya menaik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik.

SUMBER: Bernama

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aedy Fadly Ramli, Anthony Loke, autoterkini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), lesen B, lesen B2, Naik taraf lesen motosikal, roda2

Comments

  1. Azrul says

    November 10, 2023 at 9:23 AM

    Klu mcm tu dh xda istewa yg ambil lesen B full, buat penat n habis duit tuk ambil lesen B full dulu,....

    Reply
  2. Makatar Mohd Yunus says

    July 17, 2024 at 9:11 AM

    Perlu ada mekanisme terbaik kerana semua cadangan dan pelaksanaan itu akan memberi impak positif dan sebaliknya. Sebagai contoh, mungkin perlu dipertimbangkan aspek tempoh pemilikan lesen B2 melebihi 10 tahun, bebas saman dan kemalangan serta yuran bagi perubahan itu setimpal dengan kos yang ditanggung oleh pengguna yang memperolehi B full sebelum pindaan ini dibuat. Juga boleh dipertimbangkan untuk mengenakan had percubaan selama setahun sebelum disahkan. Keadaan ini akan memberi sedikit keadilan kepada pemilik B full sebelum ini.

    Cadangan lain juga mungkin boleh dipertimbangkan seperti menetapkan B full hanya diberikan kepada pemilik B1 sahaja manakala pemilik B2 di 'upgrade' kepada B1 dengan dikenakan kos bayaran yang sesuai. Ertinya pihak kerajaan perlu menetapkan kos yang perlu dibayar oleh pengguna untuk menampung kerugian bagi perubahan jenis lesen memandu yang baharu ini.
    # Pandangan peribadi. Terima kasih.

    Reply
  3. Mohd Rodi bin Mohd Nor says

    July 17, 2024 at 1:33 PM

    Kalau nak bagi pun biar lah lesen B2 itu melebihi 10tahun pengunannya, atas dasar kecekapan memandu dan individu itu tidak banyak kena saman dalam tempoh 10tahun memiliki lesen B2....

    Reply
  4. Mohd Baki says

    July 18, 2024 at 10:19 AM

    Boleh je dinaik taraf B2 kepada B full dengan syarat yang memegang lesen B2 tu dah melebihi 20 tahun ke atas...cadangan..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev