• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sejarah Baharu Tercipta, Ducati Masuk Motocross! Keluarkan Siri Enjin dan Motosikal Off-Road Baharu

Sejarah Baharu Tercipta, Ducati Masuk Motocross! Keluarkan Siri Enjin dan Motosikal Off-Road Baharu

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SEJARAH baharu tercipta buat Ducati apabila menyertai Kejohanan Motocross Itali dengan motosikal prototaip pada musim 2024. Rupa-rupanya projek prototaip itu telah pun berjalan selama dua tahun.

Penyertaan tersebut bagi menguji aspek teknikal yang telah dibuat pada motosikal itu di medan perlumbaan.

Pendekatan itu melihatkan Ducati bermula dengan perlumbaan sebelum membangunkan siri produk dengan prestasi hebat yang akan ditawarkan kepada pengguna.

Projek yang memakan masa bertahun ini bakal menyaksikan Ducati menghasilkan siri enjin dan motosikal off-road. Dari situ juga boleh dilihat skala dan komitmen Ducati dalam bidang yang baru dimasuki ini.

Ducati turut mengumumkan perjanjian dengan juara dunia motocross, Antonio Cairoli sebagai penunggang uji dan akan memberi input penting dalam pembangunan motosikal baharu.

Ducati juga telah menandatangani perjanjian dengan Maddii Racing, satu daripada pasukan berpengalaman dalam dunia motocross.

Pada Kejohanan Motocross Itali 2024, motosikal Ducati dikemudi oleh juara lapan kali Kejohanan Itali dan pemenang MXoN (Motocross of Nations), Alessandro Lupino dan juga bertugas sebagai penunggang uji.

Untuk projek off-road ini, Ducati memfokuskan kepada perkakasan ringan yang dicuba sehingga ekstrem, komponen bermutu tinggi dan enjin dengan julat penghantaran kuasa yang luas dan menariknya mengguna sistem Desmodromic.

BACA >>> Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) yang Sarat Aksesori untuk Peminat Kembara

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Easy Lift yang Ada pada Ducati Multistrada V4 Rally, Multistrada V4 S?

BACA >>> Ducati Multistrada V2 S (2024) Pula Tampil Liveri Baharu, Pilihan Baharu Selain Ducati Red

BACA >>> Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter

Ducati Motocross

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati, Ducati Motocross, Ducati MX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my