• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Hyper Force Bayangan GT-R Masa Depan?

Nissan Hyper Force Bayangan GT-R Masa Depan?

October 30, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN GT-R
dikeluarkan pada Disember 2007, iaitu pada era Carlos Ghosn mengemudi syarikat Jepun itu. Lebih sedekad di pasaran, Nissan terus memperkemas GT-R yang masih mempunyai tarikan di mata peminat dan pembeli.

Apa nasib GT-R era elektrifikasi? Nissan Fairlady yang merupakan satu lagi model ikonik sudahpun diketahui nasibnya apabila Nissan terus mengeluarkan model pengganti dengan enjin tanpa hibrid dan masih dipadan kotak gear manual atau automatik.

Terbaharu, Nissan memperkenalkan Nissan Hyper Force yang jelas membawa elemen rekabentuk GT-R R35. Walaupun begitu, Hyper Force bukan digerakkan enjin biasa, tetapi menggunakan pakej elektrik.

Nissan mendakwa Hyper Force ialah supercar elektrik prestasi tinggi yang mampu memberikan keseronokan pemanduan dalam cara lebih lestari dan selesa dipandu harian.

Berbeza kenderaan elektrik (EV) di pasaran, Hyper Force menggunakan bateri pepejal (all-solid-state) yang mampu menjana hingga 1,000kW (1,340hp) dan turut mengoptimum keseimbangan berat.

Kuasa disalurkan kepada empat roda daripada teknologi kawalan pacuan semua roda e-4ORCE.  Badan kereta ringan dengan karbon kekuatan tinggi yang mana ciri berkenaan memberi prestasi pengendalian cemerlang di litar atau jalan berselekoh.

Rekabentuk luar lebar dan rendah serta adunan sudut anggun dalam bentuk geometri melambangkan kuasa dibawa. Lampu depan dan belakang memberi tribut kepada kereta prestasi tinggi Nissan.

Bahagian luaran kereta mempunyai prestasi aerodinamik tinggi yangdibangunkan bersama divisyen lumba NISMO. Struktur aerodinamik dua bahagian di bawah bonet depan memberikan daya mendap dan prestasi penyejukan tinggi.

Nissan Hyper Force.23
Nissan Hyper Force.24

Sirip depan, kepak atas fender dan bahagian hujung sayap belakang mempunyai fungsi aktif. Difuser dua tingkat di belakang mengawal aliran udara optimum.

Aktuator plasma yang baru dibangunkan memaksimum cengkaman dan meminimum angkatan bahagian dalam roda di selekoh. Rim karbon ringan pula membantu aspek aerodinamik dan penyejukan brek.

Satu lagi perkara yang membangkitkan bayangan GT-R ialah mod pandu R (racing) dan GT (grand touring). Antaramuka grafik pengguna (GUI) bertukar warna dan paparan mengikut mod pandu yang memaparkan maklumat penting secara serta-merta kepada pemandu.

Grafik tersebut adalah hasil kerjasama dengan Polyphony Digital Inc. Dalam mod R, kabin akan menyala merah, manakala kokpit intuitif menyokong fokus pemandu, dan panel papan pemuka dianjak ke ruang tempat duduk.

Empat skrin pada stereng memamparkan cengkaman dan suhu tayar, tekanan udara, suhu cakera brek, agihan kuasa dan maklumat penting lain untuk perlumbaan.

Dalam mod GT, cahaya kabin bertukar kepada biru, manakala skrin pada stereng dijarakkan dengan antaramuka unit infotainment lebih ringkas termasuk penyaman udara, tetapan suspensi dan stabiliser untuk pemanduan selesa.

Fungsi suspensi dan stabiliser ialah pertama di dunia yang dapat dioperasi mudah sambil memandu. Kerusi depan dibuat daripada gentian karbon ringan dan ketegaran tinggi untuk pemanduan jarak jauh selesa dan dilengkapi tali keledar 4-poin.

Dari segi keselamatan, kereta konsep itu dilengkapi teknologi autonomi dengan sensor LIDAR (light detection and ranging) dan sejumlah sensor yang ditala untuk pemanduan sport.

Ciri canggih lain ialah teknologi realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR). Sebagai contoh, apabila kereta berhenti, pemandu boleh menggunakan topi dengan cermin mata khas untuk VR bagi pemanduan ala permainan video termasuk berlumba dengan pesaing lain.

BACA >>> Nissan Bikin Sistem Amaran Elak Penumpang Tertinggal untuk Kenderaan Lama!
BACA >>> Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT

Nissan Hyper Force.01
Nissan Hyper Force.02
Nissan Hyper Force.03
Nissan Hyper Force.04
Nissan Hyper Force.05
Nissan Hyper Force.06
Nissan Hyper Force.07
Nissan Hyper Force.08
Nissan Hyper Force.09
Nissan Hyper Force.10
Nissan Hyper Force.11
Nissan Hyper Force.12
Nissan Hyper Force.13
Nissan Hyper Force.14
Nissan Hyper Force.15
Nissan Hyper Force.16
Nissan Hyper Force.17
Nissan Hyper Force.18
Nissan Hyper Force.19
Nissan Hyper Force.20
Nissan Hyper Force.21
Nissan Hyper Force.22
Nissan Hyper Force.23
Nissan Hyper Force.24
Nissan-Hyper-Force.34
Nissan-Hyper-Force.33
Nissan-Hyper-Force.32
Nissan-Hyper-Force.31
Nissan-Hyper-Force.30
Nissan-Hyper-Force.29
Nissan-Hyper-Force.28
Nissan-Hyper-Force.27
Nissan-Hyper-Force.26
Nissan-Hyper-Force.25

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan GT-R, Nissan Hyper Force, Roda4, Supercar Elektrik, Supercar EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev