JIKA bercakap mengenai trak satu tan berkemampuan tinggi dan reliabel, tidak begitu banyak pesaing yang boleh menandingi apa yang ada pada Isuzu D-Max Single Cab. Trak pikap yang penuh kepelbagaian ini memberikan keanjalan penggunaan kepada pemilik perniagaan untuk memenuhi keperluan pengangkutan.
Isuzu D-Max Single Cab menawarkan aspek penggunaan sangat luas dari menelusuri laluan sempit dalam bandar untuk penghantaran barangan hingga mengangkut beban berat bagi tujuan perladangan.
Sebagai satu-satunya pengeluar di Malaysia yang menawarkan dua pilihan enjin untuk trak pikap kabin tunggal (Single Cab), Isuzu membawakan tahap nilai tersendiri kepada pelanggan dengan cara memenuhi keperluan individu. Semua ini digandingkan dengan sistem pacuan empat roda (4X4) cemerlang menerusi kunci diferensial sebagai ciri standard untuk sebuah kenderaan lasak yang boleh di bawa ke mana saja, untuk tujuan apapun.
Tahukah anda, dua unit Isuzu D-Max 1.9L Single Cab akan ikut serta untuk berkhidmat dalam acara Borneo Safari 2023, beriringan dengan tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain sebagai kenderaan rasmi media bagi acara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, versi Single Cab dipilih untuk menggalas peranan sokongan dalam Borneo Safari 2023 kerana kebolehan model itu sebagai jentera kental dan serba boleh.
Untuk menakluki acara seperti Borneo Safari yang menghamparkan laluan sukar dalam hutan, ia tidak hanya memerlukan kenderaan dengan sistem 4x4 mantap, tetapi juga perlu dihadirkan dengan kemampuan sangat tinggi untuk memastikan berhasil melepasi cabaran lapan hari dalam kondisi ekstrem seperti itu.
“Dengan warisan panjang Isuzu D-Max sebagai trak pikap, tidak disangkal lagi menjadi salah satu kenderaan media paling boleh diharap sepanjang edisi terdahulu acara ini, dan berhasil mengangkut media dan peralatan mereka menempuhi pelbagai situasi dan kondisi setiap tahun sejak sedekad lalu,” kata Okazoe.
Sebagai Penaja Berlian acara ini buat sekian kali, Okazoe menyerahkan dokumen penajaan dan kunci kenderaan rasmi media itu kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin.
Borneo Safari 2023 memasuki penganjuran tahun ke-31 dan diiktiraf satu daripada cabaran off-road paling sukar dunia. Acara ini bakal dilepaskan di depan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pada Ahad depan (29 Oktober 2023) dan akan menjelajahi kawasan pergunungan Sook dan Ranau sebelum kembali ke Kota Kinabalu selepas seminggu.
Isuzu Malaysia sekali lagi akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah dan Red Springs Sdn Bhd untuk menerbitkan siri video web yang mempromosikan acara tersebut khususnya, dan Sabah umumnya sebagai destinasi pengembaraan.
Dalam siri video itu, penonton akan dapat menyaksikan pelbagai cabaran dilalui sepanjang Borneo Safari dan berpeluang memenangi cenderahati eksklusif menerusi peraduan 'tonton dan menang' yang akan berlangsung selepas acara berkenaan selesai.
Terus perhatikan laman media sosial Isuzu Malaysia untuk jadual semasa dan kemas kini lain.
Leave a Reply