• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota: EV Bukan Satu-Satunya Cara Capai Neutral Karbon 2050

Toyota: EV Bukan Satu-Satunya Cara Capai Neutral Karbon 2050

October 25, 2023 By Han Othman Leave a Comment

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PANDULaju kini berada di Tokyo untuk membuat liputan sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 yang sebelum ini dikenali sebagai Pameran Motor Jepun (TMS).

Pada acara itu, Toyota Motor Asia Pacific (TMAP) mendedahkan beberapa perkara menarik mengenai sasaran dalam menghadapi cabaran masa depan syarikat itu yang bukan hanya sekadar kenderaan elektrik (EV).

Presiden TMAP dan Timbalan Ketua Pegawai Ekssekutif Asia, Hao Quoc Tien berkata, Toyota menganggarkan pasaran Asia akan merekodkan jualan EV jenama itu antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang 2030 nanti dengan Singapura akan mencatatkan penggunaan EV tertinggi, disusuli Thailand kira-kira 25 peratus, manakala negara lain mungkin lebih rendah disebabkan kekeurangan infrastruktur pengecasan.

Namun, Hao mengulangi pendirian Toyota yang EV bukan satu-satunya cara maju ke depan yang menjadi sasaran mutlak dalam mencapai visi neutral karbon.

Katakankah kami dapat 30 peratus (jualan EV di Asia), jika kita tidak tambah baik 70 peratus lain, matlamat neutral karbon kita akan terlepas.

"Semua ini bukan tentang EV, tiada masalah dengan EV. Saya fikir teknologi EV sangat bagus, tetapi ada had sebenar (buat masa sekarang). Mungkin lagi 10 atau 20 tahun, peratusan EV akan jadi lebih tinggi, dan saya fikir sepatutnya bermula sekarang hingga ke depan nanti, apa kita kena buat? Inilah soalan utama," katanya.

Toyota buat masa ini bekerja keras mengurangkan emisi karbon melibatkan pelbagai teknologi untuk 70 peratus jualan bukan EV sebagai pendekatan pelbagai cara untuk kelestarian. Toyota juga yakin setiap teknologi ada peranan dalam membantu mengurangkan emisi karbon.

Salah satu teras utama mara ke depan adalah menawarkan mobiliti bersih tanpa meninggalkan sesiapa saja di belakang. Tambahan lagi untuk pasaran yang belum bersedia menyambut kehadiran EV penuh.

Kepelbagaian teknologi yang dibangkit itu adalah seperti enjin pembakaran dalaman (ICE) sama ada petrol atau diesel, gas asli termampat bahan api bio (bio-fuel) (CNG), kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV atau EV), dan kenderaan elektrik sel bahan api hibdrogen (FCEV).

Dengan bantuan minimum, Toyota menegaskan akan mencari apa saja penyelesaian yang bukan menumpukan EV semata-mata sebagai cara mencapai misi neutral karbon. Adakah ada setuju dengan kenyataan Toyota ini?

Related

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hao Quoc Tien, JMS 2023, Kenderaan Elektrik (EV), Neutral Karbon 2050, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, Toyota, Toyota Motor Asia Pacific (TMAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my