• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Hyper Tourer (2023) Bakal Ganti Elgrand? Pesaing Hebat Toyota Alphard, Vellfire?

Nissan Hyper Tourer (2023) Bakal Ganti Elgrand? Pesaing Hebat Toyota Alphard, Vellfire?

November 15, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DI JEPUN, Toyota Alphard dan Vellfire tiada pesaing rapat kecuali Nissan Elgrand yang pernah ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

Nissan Elgrand generasi ketiga di pasaran sekarang sudah dikeluarkan sejak 2010, manakala Alphard sudah memasuki generasi keempat seperti diperkenal Jun lalu.

Sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, baru-baru ini, Nissan memperkenalkan Hyper Tourer, iaitu model konsep elektrik yang mungkin menggambarkan pengganti Elgrand.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) atau minivan mengikut istilah Amerika Syarikat (AS) ini menggabungkan omotenashi (hospitaliti Jepun) dengan pelbagai teknologi canggih, termasuk pemanduan autonomi.

Turut dilengkapi fungsi V2X (Vehicle-to-Everything) dan bateri kapasiti tinggi yang membolehkan tenaga elektrik dibekalkan kepada rumah, kedai dan pejabat.

Tidak hanya famili, Hyper Tourer juga dibangunkan untuk urusan perniagaan. Seperti boleh dilihat di sini, MPV mewah banyak digunakan kapten industri dan ahli politik.

Luaran kereta memang menonjol dan bukan sekadar van berkotak. Hyper Tourer dibentuk dengan panel badan kemas dan garisan karakter yang membawakan kecantikan tradisional Jepun. Bahagian sisi menonjolkan permukaan badan yang mengalir dari depan hingga belakang untuk prestasi aerodinamik.

Garis bahu putih bersambung dari depan dan berfungsi sebagai lampu utama dan lampu signatur. Ini ciri menarik ketika banyak pengeluar obses dengan lampu bentuk halus. Rim corak kumiko dan garis badan lembut dan lurus mewujudkan rasa premium.

Ruang dalaman, konsol atas kepala dan lampu tampil dengan corak tradisional Jepun kumiko dan koushi yang membawa aura mewah. Lebih menarik, panel LED pada lantai memaparkan suasana dasar sungai dan langit.

Dari segi teknikal, tidak banyak dikongsi kecuali penggunaan bateri pepejal (solid-state) dan pacuan semua roda (AWD) e-4ORCE. Ruang kabin luas juga disumbang bateri pepejal dan perkakasan kompak.

Pemanduan autonomi penuh membolehkan pemandu menumpukan perhatian dalam berinteraksi bersama penumpang dan menariknya kerusi depan boleh dipusing 360º.

Penumpang di belakang boleh menggunakan peranti khas untuk melihat dan menggunakan fungsi pada paparan kerusi depan.

Lebih canggih, sistem kecerdasan buatan (AI) boleh mengawasi tanda biometrik seperti gelombang otak, kadar denyut jantung, pernafasan dan perpeluhan yang seterusnya memilih muzik dan melaras pencahayaan mengikut mood.

Perkongsian Nissan menggambarkan MPV canggih dan menarik untuk diketahui mengenai model pengeluaran jika sah dikeluarkan kelak.

BACA >>> Nissan Sentra (2023) Lancar di AS, Harga Mula RM89k
BACA >>> Nissan Bikin Sistem Amaran Elak Penumpang Tertinggal untuk Kenderaan Lama!
BACA >>> Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT

Nissan Hyper Tourer.01
Nissan Hyper Tourer.02
Nissan Hyper Tourer.03
Nissan Hyper Tourer.04
Nissan Hyper Tourer.05
Nissan Hyper Tourer.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Japan Mobility Show (JMS), JMS 2023, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Nissan, Nissan Elgrand, Nissan Hyper Tourer, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023, Toyota Alphard, Toyota vELLFIRE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev