• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Jawab Kenapa Pelanggan Lambat Dapat Tiggo 8 Pro

Chery Jawab Kenapa Pelanggan Lambat Dapat Tiggo 8 Pro

October 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA segelintir pengguna Malaysia menyindir Chery Malaysia kerana belum menerima kenderaan ditempah, terutama membabitkan Chery Tiggo 8 Pro.

Kumpulan pengguna ini meluahkan perasaan di ruangan komen Facebook Chery Malaysia pada acara Persingan Pengguna Antarabangsa Chery (CIUS) 2023 di China, baru-baru ini. Ada mendakwa masih menunggu untuk mendapatkan kenderaan masing-masing sejak empat atau lima bulan lalu.

Belum sempat kami ajukan soalan mengenai isu berkenaan, Presiden Chery Malaysia, Shawn Xu sudahpun menjawab pertanyaan itu dalam temu bual eksklusif di ibu pejabat Chery International di China.

Shawn, yang juga Naib Presiden Chery International mendakwa projek pertama mereka adalah memperkenalkan tiga model pemasangan tempatan (CKD), iaitu Omoda 5, Tiggo 7 dan Tiggo 8.

Beliau berkata;

Kami mengambil keputusan melakukan dua kali pelancaran dengan pertama Omoda 5 bersama Tiggo 8 dan selepas itu, kami pertimbangkan (melancarkan) Tiggo 7.

"Tapi sejak respons daripada pasaran yang sangat positif, ibarat kami lancar dan terus boom (mendapat sambutan luar biasa). Malah kapasiti pengeluaran kami masih belum dapat penuhi permintaan dua model ketika (Omoda 5 dan Tiggo 8).

"Kami terpaksa menunda persiapan pelancaran Tiggo 7 di Malaysia. Pada masa sama, kami perlu ambil tindakan untuk memastikan kapasiti pengeluaran kembali tinggi."

KENAPA LAMBAT HASILKAN KENDERAAN?

  • Kilang Inokom di Kulim, Kedah mampu menghasilkan purata enam kenderaan setiap jam.
  • Fasiliti itu sepatutnya menghasilkan sekitar 15,000 hingga 20,000 kenderaan Chery setahun, tetapi jumlah pengeluaran sebenar masih rendah.
  • Shawn mahu jumlah pengeluaran itu dipertingkat sekurang-kurangnya sekali ganda daripada had kapasiti tahunan.
  • Chery memberi keutamaan kepada kualiti pembuatan kenderaan berbanding kuantiti pengeluaran untuk melindungi kepercayaan pengguna terhadap produk jenama itu.
  • Juster aktiviti pengeluaran sudah dipercepat tanpa mengabaikan aspek kawalan kualiti.
  • Fokus pengeluaran awal diberikan kepada Omoda 5 kerana model itu merangkumi jualan 70-80 peratus.
  • Masa menunggu adalah sekitar tiga hingga empat bulan untuk Omoda 5, manakala Tiggo 8 lebih lama lagi sebab pengeluaran baru bermula.

Shawn menjelaskan lagi;

Kami sudah memulakan pembuatan Tiggo 8 Pro di kilang Inokom dan memang pelanggan sudah menunggu lama.

"Kami minta maaf kepada pelanggan. Kami sedang meneruskan usaha (menyiapkan kenderaan ditempah). Apabila kami bertukar (pengeluaran) daripada Omoda 5 kepada Tiggo 8, pengeluaran jadi lebih perlahan.

"Mereka (petugas) masih memerlukan masa menguruskan pembuatan, menjadi lebih mahir, membuat pemeriksaan dan kawalan kualiti kerana ini produk baharu.

"Kami mengambil langkah dengan tambahan waktu bekerja harian (OT) untuk menghasilkan lebih banyak kenderaan.

"Kami juga bersama rakan kami sedang membuat pertimbangan dan rundingan awal bagaimana meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran."

CHERY BUKA KILANG SENDIRI?

Shawn juga lebih terbuka dengan idea mendirikan kilang Chery di Malaysia untuk menyelesaikan isu kapasiti pengeluaran kenderaan untuk menampung permintaan pengguna.

Beliau berkata;

Pasaran sudah terima kami, terima produk kami dan kenapa kami tidak menambahkan lagi pelaburan di Malaysia?

"Tiada ragu-ragu kerana kami akan buat lebih banyak pelaburan untuk mendapatkan jumlah pengeluaran lebih tinggi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia."

PanduLaju juga difahamkan kilang baharu itu juga akan melibatkan program CKD model kenderaan elektrik (EV) akan datang.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Chery International User Summit 2023, Chery Malaysia, Chery Tiggo 8 Pro (2023), Roda4, Shawn Xu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my