• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiga Muslimat Pas Maut Dirempuh Ketika Cuba Bantu Kemalangan Lebuh Raya

Tiga Muslimat Pas Maut Dirempuh Ketika Cuba Bantu Kemalangan Lebuh Raya

October 22, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TIGA wanita maut dirempuh kereta di KM389 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Tanjung Malim, kelmarin (20 Oktober).

Tiga mangsa dikenal pasti sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, bersama Fatihah Nabilah Bukri, 23, dan Nurul Najihah Amzi, 27. Taibah dan Fatihah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nurul Najihah di Hospital Slim River.

Kemalangan berlaku ketika ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani selepas menghadiri Muktamar Pas di Shah Alam, Selangor.

Mangsa yang menaiki Proton Persona berhenti untuk memberi bantuan kepada satu lagi kemalangan melibatkan trak pikap Mitsubishi Triton yang terbabas sendiri di tepi jalan.

Bagaimanapun sebuah Toyota Altis terbabas dan merempuh mereka, termasuk pemandu Perodua Myvi dan dua penunggang motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC yang datang membantu. Rempuhan tersebut menyebabkan semua mangsa tercampak ke dalam longkang di kiri jalan.

Bomba menerima panggilan kecemasan jam 2.18 petang. Menurut maklumat bomba, kemalangan melibatkan sebuah Mitsubishi Triton, Toyotan Altis dan dua motosikal.

Selain tiga mangsa Persona yang maut, mangsa cedera ringan terdiri daripada pemandu, seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam Triton, dan pemandu  dan penumpang dalam Altis.

Mangsa parah ialah pemandu Myvi, dan dua penunggang motosikal masing-masing patah kaki kiri dan cedera kaki.

kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-3
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-1
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-5
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-2
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-4
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-6
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-7
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-8
kemalangan-tanjung-malim-muslimat-pas-2023-9

SUMBER: KosmoOnline

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Muktamar Pas, Muslimat Pas, Muslimat Pas Kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev