• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari 296 Challenge (2024), Jentera Lumba Baharu Tanpa Komponen Hibrid Seperti 296 GTB

Ferrari 296 Challenge (2024), Jentera Lumba Baharu Tanpa Komponen Hibrid Seperti 296 GTB

December 4, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


FERRARI memperkenalkan model lumba 296 Challenge (2024), iaitu model ke-9 dalam sejarah perlumbaan Ferrari Challenge Trofeo Pirelli.

Ferrari 296 Challenge (2024) mempunyai spesifikasi hampir sama dengan satu lagi model lumba, 296 GT3 yang diperkenalkan sebelum ini.

Menggunakan 296 GTB sebagai asas, Ferrari 296 Challenge (2024) dikemas kini pada unit trenkuasa, aerodinamik dan dinamika depan untuk prestasi maksimum di litar.

Ferrari 296 Challenge ialah kereta pertama dalam sejarah kejuaraan dengan platform V6 120º dan enjin 2992cc turbo kembar tanpa hibrid (model asal guna hibrid) yang turut diguna pada 296 GT3.

Tanpa komponen hibrid, enjin itu menghasilkan 690hp dan tork 740Nm. Sebagai perbandingan, barisan trenkuasa hibrid 296 GTB mempunyai kuasa 830hp.

Tanpa komponen hibrid, enjin 3.0L V6 turbo kembar menghasilkan output kuasa 654hp dan dari situ boleh dilihat hasil pengubahsuaian pada 296 Challenge.

Prestasi dinamik juga rekod baharu dalam siri perlumbaan satu jenama Ferrari dengan lebih 870kg, dan daya mendap pada 250kmj (spoiler sudut maksimum).

Sistem ABS EVO Track yang diperkenalkan pada 296 GTB turut diguna pada Ferrari 296 Challenge (2024). Menggunakan cakera brek baharu CCM-R PLUS (Carbon Ceramic Material R) Brembo untuk prestasi pembrekan dan konsistensi dipertingkat.

Ferrari 296 Challenge menggunakan tayar Pirelli 19 inci dibangunkan khas yang turut mempengaruhi aspek pengendalian dan prestasi. Model ini dijadualkan bersaing dalam siri Eropah dan Amerika Utara pada musim perlumbaan 2024.

BACA >>> Ferrari Tailor Made 812 Competizione (2023) dengan Grafik Conteng, Projek Khas Seunit Sahaja!
BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!
BACA >>> Ferrari SP48 Unica - Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia
BACA >>> Ferrari 296 GTS (2022) - Kembar 296 GTB Versi Konvertibel

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 296, Ferrari 296 Challenge, Ferrari 296 GTB, Ferrari Challenge Trofeo Pirelli, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my