• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Artroniq Bhd Bakal Perkenal Motosikal Elektrik dari Indonesia, United E-Motor!

Artroniq Bhd Bakal Perkenal Motosikal Elektrik dari Indonesia, United E-Motor!

October 18, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT pemegang pelaburan Malaysia, Artroniq Bhd (Artroniq) menjalin kerjasama dengan  pengeluar basikal dari Indonesia, PT Terang Dunia Internusa (PT TDI) yang terkenal dengan jenama motosikal elektrik ikonik, United E-Motor untuk membawa produk jenama itu ke pasaran tempatan.

Upacara kerjasama itu berlangsung di Kedutaan Republik Indonesia, di Kuala Lumpur pada 27 September lalu yang dihadiri Duta Indonesia ke Malaysia,  Datuk Indera Hermono dan wakil utama Artroniq dan PT TDI.

Motosikal elektrik United E-Motor memiliki sejarah lebih 60 tahun di Indonesia, manakala Artroniq berperanan memasang dan mengedar produk jenama itu di Malaysia.

Ada tiga model bakal diperkenalkan, iaitu TX3000, TX1800 dan MX1200.  Sebagai makluman, model TX3000 pernah menjadi motosikal rasmi Persidangan G20 tahun lalu.

Dalam usaha menuju Projek Bandar Hijau, Artroniq bakal mengumumkan penubuhan kilang dan pusat pemasangan, serta kedai konsep pengedaran di seluruh negara, terutama Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor, termasuk pusat servis 3S untuk kerja penyenggaraan dan baik pulih.

Artroniq juga bakal memiliki kilang pemasangan di Batu Kawan, Pulau Pinang pada hujung tahun ini yang akan memulukan kerja-kerja pemasangan selepas pelancaran produk motosikal elektrik tersebut.

Antara kelebihan motosikal United E-Motor adalah ciri mudah guna yang boleh dicas menggunakan soket biasa, dan juga bateri boleh tanggal. Artronic juga merancang mewujudkan stesen bateri sendiri dengan dua hingga lima outlet di setiap negeri berdasarkan permintaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Artroniq Bhd, Auto Terkini, motosikal elektrik, PT Terang Dunia Internusa (PT TDI), roda2, United E-Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my