• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Volvo Rider XC Coupe - Kereta Pedal Mewah Khas Buat Si Kecil, AS$210 (RM870)

Volvo Rider XC Coupe - Kereta Pedal Mewah Khas Buat Si Kecil, AS$210 (RM870)

April 8, 2017 By Han Othman Leave a Comment

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN sibuk membangunkan pelbagai teknologi automotif termaju untuk kenderaan penumpang di pasaran, Volvo masih ada masa membikin kereta pedal untuk kanak-kanak.

Kenderaan dipanggil Volvo XC Coupe (juga dipanggil Volvo Car Rider Crash Test) ini direka begitu teliti sebagai langkah awal mengajak si kecil berkenalan dengan dunia automotif. Kereta mainan ini dijual pada harga AS$210 (RM870) - AS$269.95 (RM1,120) yang boleh dibeli menerusi laman web rasmi dan pihak ketiga.

BACA >>> Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription Versi CKD - 407hp, 640Nm, Harga RM368,888

Volvo XC Coupe ialah kereta mainan dua pintu dengan pedal kaki untuk dikayuh, khas buat kanak-kanak berusia 1-3 tahun. 😛

Tidak seperti kereta mainan biasa, kereta cilik ini memiliki beberapa ciri menarik seakan kereta sebenar seperti lampu depan LED bentuk tukul Thor, dan lampu belakang S90. Sebagai tambahan, ia juga ada hon yang berfungsi sepenuhnya dan set roda dengan rim sport yang biasanya ada pada kereta mainan eksklusif seperti Hummer.

Bagaimanapun tiada dalam koleksi Volvo Malaysia, dan perlu ditempah dari luar. Hmm, rasa macam nak jadi budak semula. 😢

BACA >>> Volvo Cars Jual 340k Unit Kereta Sepanjang Penggal Pertama 2019, XC60 Paling Laris

GALERI

SUMBER: CarScoops | VolvoCollection | CmgeStoresVolvo

Related

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Kereta Kayuh, kereta mainan, kereta mainan budak, Kereta Pedal, Roda4, Volvo, Volvo Car Rider Crash Test, Volvo Collections, Volvo Rider Concept, Volvo Rider XC Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev