• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naib Presiden Chery International: Kereta Bukan Lagi Mod Pengangkutan Semata-Mata

Naib Presiden Chery International: Kereta Bukan Lagi Mod Pengangkutan Semata-Mata

October 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETA tidak lagi dilihat sebagai medium pengangkutan semata-mata, tetapi sudah beralih kepada ruang kehidupan bergerak (mobile living space).

Kenyataan itu disebut Naib Presiden Chery International, Shaodong Zhu (foto bawah kiri) mengenai  evolusi kenderaan dan perkembangan pesat industri automotif yang kini mengubah kehidupan pengguna global.

Chery International User Summit 2023 - 5
Chery International User Summit 2023 - 3

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGGUNA CHERY (CIUS) 2023

  • CIUS 2023 menghimpunkan 500 wakil Chery, pemilik kenderaan, wartawan dan pempengaruh dari 45 negara dunia di satu lokasi, iaitu ibu pejabat Chery International di Wuhu dalam wilayah Anhui, China
  • Ini ialah persidangan pertama berstatus global dianjurkan Chery International yang berlangsung lima hari bermula 15 Oktober 2023 melibatkan pelbagai aktiviti.
  • Antara aktiviti diadakan adalah sesi pandu uji model baharu, pameran produk eko dan gaya hidup, Persidangan Teknologi (Tech Day), lawatan kilang, pameran kenderaan dan temu bual eksklusif.
  • Ada tiga subjenama bawah Chery yang diperkenalkan, iaitu Omoda, Jaecoo dan Exeed seperti berikut:
    • Chery Tiggo 7 Pro e+
    • Chery Tiggo 8 Pro Hybrid
    • Chery Arrizo 8 290T
    • Chery Jaecoo 8 AWD
    • Chery Jaecoo 7
    • Exeed TXL AWD
    • Exeed RX AWD
    • Exeed VX AWD
    • Exeed Exlantix ET
    • Omoda E5
Jaecoo 8 AWD
Jaecoo 8 AWD
Exeed Exlantix ET - 4
Chery Tiggo 7 Pro e+ - 26
Omoda E5 - 1

KENAPA KERETA BUKAN LAGI KENDERAAN?

Shaodong menjelaskan pengguna moden semakin sofistikated yang memberi tumpuan kepada empat perkara dalam pembelian kereta, iaitu:

  • Elektrifikasi (Electrified)
  • Kepintaran (Intelligent)
  • Terhubung (Connected)
  • Perkongsian (Sharing)

TREND PENGGUNA SUDAH BERUBAH

Chery International User Summit 2023 - 11
Chery International User Summit 2023 - 10

Shaodong berkata, keperluan pengguna juga menyaksikan perubahan daripada empat ciri konvensional, iaitu:

  • Rekabentuk
  • Jualan
  • Pengeluaran
  • Servis

Perubahan itu disebabkan faktor pengguna moden mahukan kehidupan yang mudah, selesa dan lebih baik. Kehendak pengguna juga sudah berkembang dengan tambahan tiga aspek baharu, iaitu:

  • Peralatan pintar
  • Perkongsian mobiliti
  • Periferi jenama servis
Chery International User Summit 2023 - 1
Chery International User Summit 2023 - 2

 

Ini mendorong ekologi kenderaan Chery mengalami perubahan signifikan. Konsep merujuk kepada apa kehendak pelanggan yang diperluas hingga kepada semua aspek perniagaan Chery.

"Pada ketika hubungan antara kenderaan dan kehidupan semakin rapat, timbul persoalan, apa Chery boleh sumbang kepada cara hidup baharu?" - Shaodong Zhu, Naib Presiden Chery International

BAGAIMANAKAH CHERY SESUAIKAN DIRI?

  • Chery menumpukan kepada empat perkara utama: Mesra Alam (Green), Teknologi (Technology), Keluarga (Family) dan Teman (Companionship).
  • Empat teras itu bukan hanya membabitkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), tetapi juga semua jabatan Chery mengenai ‘cara hidup baharu’.

KEMAJUAN Q-POWER

Mengenai Q-Power, Shaodong menjelaskan konsep itu adalah evolusi teknologi dan arkitektur kuasa utama Chery sejak 26 tahun lalu untuk mempelbagai solusi modaliti kuasa seperti petrol, hibdrid, tenaga elektrik penuh dan hidrogen.

Enjin pembakaran dalaman (ICE) Chery kini semakin maju dengan kadar kecekapan meningkat kepada 44.5 peratus untuk enjin 2.0 TGDI.

Sistem hibrid plug-in (PHEV) Chery juga tidak ketinggalan dengan perubahan pacuan dual-motor DHT dengan kecekapan hingga 97.9 peratus, yang mana jarak pemanduan model PHEV Chery mampu pergi sejauh 1,300km! Jarak pemanduan kenderaan elektrik bateri (BEV) Chery pula dapat dipandu hingga 700km dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3 saat.

Di lokasi sama, Chery International turut menyediakan tiga ruang pameran yang menampilkan pelbagai produk gaya hidup baharu dan moden untuk setiap kelompok pengguna.

Chery International User Summit 2023 - 6
Chery International User Summit 2023 - 7
Chery International User Summit 2023 - 4
Chery International User Summit 2023 - 9
Chery International User Summit 2023 - 8
Chery International User Summit 2023 - 2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery International, Chery International User Summit 2023, Chery Malaysia, Hala Tuju Kereta Moden, Shaodong Zhu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev