• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Projek LRT3 Diteruskan dengan Belanja RM4.7 Bilion

Projek LRT3 Diteruskan dengan Belanja RM4.7 Bilion

October 13, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN Perpaduan
bersetuju meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini, dengan kos RM4.7 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lima stesen LRT tersebut ialah stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengekalan stesen-stesen itu dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang, yang bakal memanfaatkan dua juta penduduk.

Anggaran awal, LRT Pulau Pinang dan Seberang Perai seperti dirancang Kerajaan Negeri berjumlah RM10 bilion, menurut kaedah kerjasama awam-swasta (PPP),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata lagi, subsidi pengangkutan awam seperti bas, rel dan perkhidmatan udara, akan terus disediakan untuk menjamin kesinambungan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ini merangkumi RM96 juta Dana Sokongan Bas Henti-Henti disediakan bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas henti-henti, yang perlu meneruskan perkhidmatan di laluan kurang penumpang di kawasan di desa.

Kerajaan juga menyediakan RM150 juta bagi meneruskan Program Transformasi Bas Henti-Henti, termasuk meluaskan manfaatnya ke tiga lokasi baharu, iaitu Kota Bharu, Kuantan dan Kota Setar.

Kerajaan akan terus mensubsidi pengangkutan udara sebanyak RM209 juta untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Kepada lebih 180,000 penduduk Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan bas dan rel Prasarana untuk ulang-alik mencari rezeki, manfaat pas bulanan My50 akan diteruskan,” kata Anwar.

Beliau berkata Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap sepenuhnya tahun depan, manakala proses tender 19 pakej kerja untuk projek Pan Borneo Sabah Fasa 1b dengan jajaran 366km melibatkan kos RM15.7 bilion, diselesaikan November ini.

Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2, dengan jajaran lebih 320km melibatkan kos hampir RM7.4 bilion juga mula dilaksanakan tahun ini,” katanya.

Mengambil kira keperluan peningkatan kenderaan, Anwar berkata projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong, dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2024, Belanjawan 2024 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PMX, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev