MARC Marquez secara rasmi bakal menjadi pelumba pasukan satelit Gresini Ducati untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2024 selepas juara dunia lapan kali itu mencapai kata sepakat dalam rundingan berpisah lebih awal daripada pasukan Honda.
Marquez menghabiskan keseluruhan karier GP bersama Repsol Honda, iaitu 11 tahun yang menyaksikan pelumba asal Sepanyol itu memenangi enam gelaran juara dunia kelas perdana dan 59 kali kejuaraan Grand Prix.
IT IS OFFICIAL: @marcmarquez93 JOINS TEAM GRESINI MOTOGP #GresiniFamily pic.twitter.com/BUyfsXacze
— Gresini Racing (@GresiniRacing) October 12, 2023
Marquez hilang keyakinan terhadap kemampuan HRC menyediakan jentera kompetitif selepas mengharungi lebih 700 hari tanpa sebarang kemenangan.
Pelumba berusia 30 tahun itu bakal bergandingan dengan adiknya, Alex Marquez menggunakan jentera Desmosedici edisi tahun lalu bersama pasukan Gresini untuk musim 2024.
Menurut laporan, Marquez menandatangi perjanjian 'musim 2024' untuk bersama Gresini, dan bukan Ducati.
Ini membolehkan Marquez menikmati kebebasan memilih pasukan pengilang (Factory) untuk musim 2025 apabila kontrak semua pelumba MotoGP berakhir. Beliau berkata;
Aku gembira dengan cabaran baru ni. Sebenarnya, bukan mudah nak buat keputusan macam ni sebab ini perubahan cukup besar dari setiap sudut.
"Tapi kadangkala dalan hidup, memang penting keluar dari zon selesa dan letak diri di tempat yang akan bantu kau terus berkembang.
“(Berhubung) Tukar motor, aku tau... aku kena ubah cara riding dan ini bukan mudah. Tapi aku yakin, seluruh pasukan Gresini akan banyak tolong aku nanti.
"Aku dah tak sabar nak kenal pasukan dan mula kerja dengan depa. Aku nak ucap terima kasih kat Nadia, Carlo dan Michele sebab percaya aku dan hormat yang depan bagi kat aku."
SUMBER: Crash
Leave a Reply