• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MYAirline Gantung Operasi Sebab Masalah Kewangan

MYAirline Gantung Operasi Sebab Masalah Kewangan

October 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT penerbangan tambang murah, MYAirline mengumumkan pihaknya menggantung operasinya bermula hari ini, 12 Oktober 2023.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan di Facebook yang menjelaskan apa sebenarnya berlaku sehingga syarikat terpaksa mengambil langkah drastik tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan tindakan penggantungan akan berterusan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Punca yang membawa kepada tindakan penggantungan operasi MYAirline ialah isu tekanan kewangan. Firma itu juga bakal melakukan penstrukturan semula pemegang saham dan menjana semula modal.

Ahli Lembaga Pengarah MYAirline dalam kenyataan itu menyatakan:

Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

"Kami sudah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini."

MYAirline juga menasihati penumpang terjejas supaya TIDAK ke lapangan terbang dan mencari alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, myairline, syarikat penerbangan tambang murah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my