• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus RC F Emotional Touring, RC F Enthusiast (2024) Diperkenal di Jepun, Enjin NA 5.0L V8

Lexus RC F Emotional Touring, RC F Enthusiast (2024) Diperkenal di Jepun, Enjin NA 5.0L V8

November 9, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM era elektrifikasi masa kini, kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) tunggal dilihat tergugat dengan kehadiran model hibrid dan elektrik.

Namun, kereta ICE masih mempunyai kitaran panjang kerana keperluan dan undang-undang yang tidak seragam di pasaran dunia. Malah, ada segmen lebih terancam, iaitu kereta coupé 2-pintu dan hatchback. Walaupun pasaran kecil, tetapi masih ada pengeluar tegar menghasilkannya seperti jenama dari Jerman, dan Lexus dari Jepun.

Lexus RC F Enthusiast
Lexus RC F Emotional Touring

Lexus LC ialah coupé cantik dan ada lagi sebuah iaitu RC dan berada di pasaran sejak 2014 lagi.

Seperti biasa, Lexus menawarkan RC F sebagai model prestasi dan terbaru mengeluarkan dua model istimewa, RC F Enthusiast dan RC F Emotional Touring.

Kedua-duanya diasaskan dari RC F Performance Package dan setiap model dihadkan 25 unit sahaja untuk pelanggan di Jepun. Bukan setakat terhad, pembelian dibuat melalui cabutan undi.

Dalam barisan RC, Lexus menawarkan beberapa jenis enjin seperti 2.0L, 2.5L dan 3.5L, manakala untuk RC F hanya dibekalkan enjin aspirasi natural (NA) 2UR-GSE 5.0L V8.

Bagi RC F Enthusiast dan Emotional Touring, enjin V8 ditala khas dengan ketepatan tinggi dan dipadan transmisi 8-kelajuan SPDS (Sport Direct Shift) dalam pacuan roda belakang (RWD).

Trenkuasa itu diperhalusi untuk menghasilkan enjin dengan fiil gerakan lancar dan bunyi syahdu. Lexus mengoptimumkan keseimbangan putaran dan mengurangkan geseran dengan memadankan perkakasan yang bergerak jitu atau tepat hingga ke tahap mikron.

Berdasarkan katalog RC F Performance Package, enjin menghasilkan 479hp @ 7,100rpm dan tork 535Nm @ 4,800 rpm.

Kunci diferensial belakang (RDL) pula dilaras juruteknik berkemahiran bagi meningkatkan respons pecutan dan nyah pecut, serta memberikan rasa pemanduan berkualiti tinggi.

Ciri Lexus RC F Emotional Touring dan RC F Enthusiast

Lexus RC F Emotional Touring (2024)

  • Warna Titanium Carbide Gray sahaja.
  • Bonet enjin karbon sama warna seperti badan.
  • Spoiler belakang aktif.

Lexus RC F Enthusiast (2024)

Lexus RC F Enthusiast
  • Warna White Nova Glass Flake, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flakes, dan Titanium Carbide Gray.

Ciri Sama

  • Penutup enjin dengan plat Specially Assembled by LEXUS.
  • Pancaran logo F atas permukaan jalan dari pintu.
  • Harga 15,000,000 yen (RM475,420).

BACA >>> Lexus RX 500h (2023) Versi CBU Tiba, Harga RM498k!
BACA >>> Lexus LBX Guna Platform Toyota Yaris Cross dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Berkuasa 134hp!

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lexus, Lexus RC, Lexus RC F, Lexus RC F Emotional Touring, Lexus RC F Emotional Touring (2024), Lexus RC F Enthusiast, Lexus RC F Enthusiast (2024), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my