• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX: Cepat Siapkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah

PMX: Cepat Siapkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah

October 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyegerakan pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah.

Arahan itu dibuat susulan kemajuan projek tersebut didapati amat perlahan jika dibandingkan dengan prestasi di Sarawak.

Anwar berkata, Timbalan Perdana Menteri 2, Datuk Seri Fadillah Yusof juga ditugaskan untuk memastikan pembinaan lebuh raya itu tidak lagi tertangguh untuk memenuhi janji kepada rakyat negeri berkenaan.

Beliau berkata:

Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan dipersetujui untuk 'fast track' (disegerakan). Asalkan ada proses perolehan dan tender, kita lakukan 'fast track' di kawasan Sabah.

"Ini disebabkan projek Pan Borneo ini sudah berpuluh tahun tertangguh dan peruntukan ada. Jadi, oleh kerana kita sudah janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak, tiada alasan untuk kita lengahkan.

"Selain itu, dalam Kembara (Kenali Borneo) Yang di-Pertuan Agong, perkara yang dibangkitkan setiap kali baginda berhenti di mana-mana pusat, soal yang ditanya adalah mengenai Pan Borneo lebih bermasalah di Sabah dan keduanya, jalan yang teruk.

"Kadangkala, peruntukan disampaikan tetapi kelewatan dalam pelaksanaan."

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Semporna) mengenai kelewatan projek Pan Borneo Sabah berbanding di Sarawak yang sudah hampir siap selain masalah bekalan air yang berterusan disebabkan isu ketirisan.

SUMBER: Berita Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Kementerian Kewangan, Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my