MAHU dapat Perodua Axia percuma? Ya, anda boleh mencuba nasib dengan menyertai Peraduan Servis & Menang Perodua yang baru saja bermula 1 April - 30 Jun ini.
Caranya, anda mesti membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 di mana-mana Pusat Servis Perodua seluruh negara untuk melayakkan diri dipilih sebagai pemenang dengan syarat perbelanjaan mesti melibat pembelian minyak enjin Perodua Genuine Oil.
Lebih menarik, jika anda melakukan servis di Pusat Servis Perodua (bersama minyak enjin Perodua Genuine Oil), peluang anda menang 5 kali lebih tinggi. Sebaliknya, jika sekadar membeli minyak enjin Perodua Genuine Oil bersama alat ganti lain (bernilai RM300 ke atas) dan bukan servis, peluang anda cuma sekali.
BAGAIMANA NAK MENANG?
Mudah saja, selepas selesai berbelanja RM300 seperti disyaratkan di atas, perkara kedua perlu anda lakukan adalah menjawab satu soalan bocor mudah, iaitu:
Apakah jenama minyak enjin Perodua?
A. Perodua Genuine Oil
B. Perodua Total Oil
C. Perodua Ultimate Oil
'Kacang' bukan?
Langkah paling akhir, sila hantar JAWAPAN anda menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada 63660 dengan format berikut:
PERODUA<ruang>89112104xxxx<ruang>WD583B<ruang>A
* 89112104xxxx - Nombor kad pengenalan
* WD583B - Nombor pendaftaran kereta yang diservis
* A - Jawapan soalan bocor đ
Ya, itu saja. Anda tak perlu pun menghantar sebarang resit pembelian kerana maklumat anda akan dimasukkan dalam sistem pembelian atau rekod servis. Jika anda ada buat servis dengan menggunakan Perodua Genuine Oil, nama anda akan didaftarkan lima kali. Ingat, tidak perlu pun hantar SMS lima kali.
Tetapi jika cuma minyak enjin Perodua Genuine Oil dibeli tanpa servis (bernilai RM300), anda akan didaftarkan sekali sahaja.
HADIAH APA YANG MENARIK?
Bagi kami, soalan diberikan cuma sekadar gimik peraduan atau apa yang dipanggil orang sekadar 'cukup syarat'. Faktanya, pemenang-pemenang akan dipilih secara cabutan undi. Jadi, sudah tentu mereka yang melakukan servis minyak enjin Perodua Genuine Oil berpeluang cerah memenangi Hadiah Utama, terutama mereka yang ada banyak model Perodua dalam garaj rumah. đ
Selain Hadiah Utama - 1x Perodua Axia Standard G - anda juga berpeluang memenangi 5 hadiah lain seperti berikut:
- 9x TV LED UHD Samsung 55"
- 5x baucar melancong bernilai RM3,000
- 5x telefon pintar Huawei P9
- 30x baucar Perodua bernilai RM500
- 40x kad petrol Petronas bernilai RM200
Tunggu apa lagi? Hidupkan kereta dan pergi servis sekarang!
Leave a Reply