• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Atuk 69 Tahun Dipenjara 15 Tahun, Sengaja Langgar Penunggang Motor Potong 'Double Line'

Atuk 69 Tahun Dipenjara 15 Tahun, Sengaja Langgar Penunggang Motor Potong 'Double Line'

April 6, 2017 By Han Othman 1 Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG warga emas berusia 69 tahun di negeri Texas, Amerika Syarikat dihukum penjara 15 tahun selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mencetuskan serangan maut dengan niat ke atas sebuah motosikal pada 2015.

William Sam Crum menerusi rakaman kamera dilihat sengaja membelok keretanya untuk melanggar sebuah motosikal yang cuba memotong di laluan garis berkembar hingga menyebabkan si penunggang dan pembonceng cedera.

Pembonceng wanita yang cedera terpaksa mendapat rawatan di unit penjagaan rapi (ICU), manakala penunggang mengalami luka dan lebam. Bagaimanapun, Crum tidak bernasib baik kerana aksi ganasnya itu sempat dirakamkan kamera helmet seorang lagi penunggang motosikal di belakang yang menjadi saksi utama insiden berkenaan. Video rakaman itu kemudian menjadi tular di media sosial.

Malah, dalam video penuh, Crum dirakamkan berkata, "Aku tak peduli" (I don't care) kepada penunggang berhelmet kamera sambil mendakwa sebab kereta dia terpesong adalah kerana kaki disengat serangga.

Bagaimanapun, pihak juri di mahkamah langsung tidak menerima alasan Crum dan mendapati dia bersalah atas dua tuduhan jenayah, iaitu serangan dengan senjata maut, dan serangan dengan senjata maut hingga menyebabkan kecederaan tubuh. Crum kemudian diikat jamin AS$150,000 (RM664,649) sebaik saja ditahan sejurus kemalangan berkenaan.

APA PENGAJARAN?

Pengajaran? Ada dua isu berbeza di sini. Pertama, si penunggang memotong di garis berkembar. Dua, si atuk yang cuba buat keputusan sendiri mungkin sebab terlalu geram dengan penunggang yang memotong 'double-line'. Kalau mahu diikutkan geram kebanyakan kita pula, pasti ada saja yang menyokong tindakan Crum sambil berhujah falasi, "siapa suruh kau potong 'double line'?" Ya, Crum pun bercakap ayat yang sama!

Namun, salah tetap salah. Tidak semua kesalahan boleh diambil tindakan sendiri. Undang-undang memang tidak adil (kononnya), tetapi apakah tindakan atuk itu boleh dianggap adil?

Bayangkan kita lancarkan kempen setiap pengguna jalan raya Malaysia boleh membelasah orang yang melanggar lampu isyarat setiap pagi dengan sekali lagi gunakan hujah falasi, "siapa suruh langgar lampu?"

SUMBER: Fox News

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Texas, tular, Viral, William Sam Crum

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev