• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Patak Rodster: Kereta Mikro Sport Klasik dengan 2 Pilihan Trenkuasa, Harga Mula RM84k!

Patak Rodster: Kereta Mikro Sport Klasik dengan 2 Pilihan Trenkuasa, Harga Mula RM84k!

October 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEGMEN kenderaan mikro mula kembang semula dengan sejumlah pengeluar kembali aktif menawarkan model-model baharu termasuk firma-firma baharu bersaiz kecil.

Salah satunya ialah Patak Motors dari Slovakia dengan pengenalan model Rodster yang memiliki rekabentuk kereta sport klasik seperti era 1930-an.

patak rodster - 6
patak rodster - 8

Berbeza dengan kebanyakan quadricycle dalam kelas L7e, model Patak Rodster nampak lebih ke arah sebuah hot rod. Berikut ialah perinciannya:

TRENKUASA

  • Enjin petrol 4-lejang silinder tunggal OHC dengan sistem sejukan cecair menawarkan kuasa 20hp dengan pecutan dari 0-50km dalam masa 9 saat dan kelajuan maksimum 125kmj. Tiada kapasiti enjin dikongsi.
  • Unit motor elektrik menawarkan output sama 20hp (15 kW) dengan dua pilihan pek bateri iaitu 10kWh untuk jarak pemanduan 100km atau 20kWh untuk 250km.
  • Varian kenderaan elektrik lebih pantas dari aspek pecutan iaitu 0-50kmj dalam tempoh 7 saat, kelajuan maksimum 130kmj.

HARGA

  • Patak Rodster versi petrol: bermula serendah €16,900 (RM84,060).
  • Patak Rodster elektrik: €22,900 (RM113,904) atau €25,400 (RM126,343) bergantung kepada kapasiti bateri.

PERINCIAN

  • Kenderaan itu dilengkapi lampu utama jenis LED, visor angin kecil dengan rim multi-jejari 19 inci tanpa fender.
  • Ada lima warna pilihan badan dengan kombinasi aksen sama ada krom, hitam kilat mahupun kemasan perak kusam.
  • Kabin Rodster dilengkapi kapasiti dua tempat duduk dan ada opsyen bumbung kawalan manual.
  • Didatangkan dengan skrin sesentuh sebagai ciri standard. Bagaimanapun, foto yang dipaparkan menunjukkan papan pemuka kayu minimalis dengan beberapa meter analog.
  • Balutan tempat duduk membabitkan upholistri kulit eko atau kulit dengan opsyen beg bagasi di bahagian belakang. Opsyen tambahan lain disediakan ialah ciri pemanas, pemegang cawan, pengecas wayarles, sensor parkir dan kamera belakang.
  • Dimensi Patak Rodster ialah panjang 3,360mm, lebar 1,360mm dan tinggi 1,395mm. Beratnya cuma 450kg.
patak rodster - 1
patak rodster - 4
patak rodster - 7
patak rodster - 6
patak rodster - 5
patak rodster - 2
patak rodster - 3
patak rodster - 8
patak rodster - 9
patak rodster - 10
patak rodster - 11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kereta mikro mini, Patak Motors, Patak Rodster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev