• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jepun Sekat Eksport Kenderaan Terpakai ke Rusia

Jepun Sekat Eksport Kenderaan Terpakai ke Rusia

October 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


RUSIA mula membeli kenderaan terpakai dari Jepun dalam volum tinggi semenjak perang Rusia-Ukraine kian memuncak pada awal tahun 2022. Bagaimanapun, Jepun kemudian mengambil langkah untuk menyekat jualan kenderaan terpakai ke Rusia.

Sebaik sahaja sekatan antarabangsa dikenakan ke atas Moscow, banyak pengeluar kenderaan dunia menghentikan jualan kenderaan masing-masing di Rusia dan ini mendorong permintaan tinggi untuk kenderaan terpakai dari Jepun.

Malah Rusia dikatakan destinasi eksport lebih satu per empat semua kenderaan terpakai dari Jepun dan purata harga kereta tersebut ialah hampir AS$8,200 (RM38,708), dua kali ganda lebih tinggi berbanding harga purata tahun 2020.

Data yang dikongsi agensi analitikal Rusia, Autostat mendapati lebih 50 peratus daripada 303,000 kereta terpakai diimport ke negara itu antara Januari hingga Ogos ialah dari Jepun.

Pengeksport kenderaan terpakai, SV Alliance pernah dilaporkan mengirim secara purata 6,500 unit kereta ke Rusia pada setiap bulan. Bagaimanapun, jumlah eksport kemudian merudum 70 peratus.

Penurunan jumlah eksport itu ada kaitan dengan tindakan Kerajaan Jepun melarang eksport semua kenderaan ke Rusia pada awal Ogos lalu, kecuali kenderaan jenis subkompak. Berdasarkan laporan, kenderaan yang masih dibenarkan eksport ke Rusia termasuk Toyota Yaris dan Honda Fit.

Tindakan itu juga membuatkan syarikat-syarikat pengeksport berdepan kesukaran mencari tempat untuk menjual stok kenderaan masing-masing. Ini bermaksud mereka sudah meningkatkan fokus tumpuan ke pasaran seperti New Zealand, Afrika dan Asia Tenggara.

Jepun memulakan larangan eksport kenderaan mewah ke Rusia pada April 2022, sebelum menambah kenderaan trak dalam senarai tersebut.

BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Honda Motor Umum Bantuan Kemanusiaan RM4.6 Juta
BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Askar Ukraine Guna Basikal, Motosikal Elektrik untuk Serang Lokasi Tentera Rusia
BACA >>> Kereta Pemandu Mabuk Jadi Aset Tempur, Logistik Tentera Ukraine?
BACA >>> Ferrari, Lamborghini Bantu Rakyat Ukraine, Henti Pengeluaran Di Rusia
BACA >>> CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Autoglobal, Autostat, Jepun henti eksport kereta terpakai, Perang Rusia-Ukraine, Roda4, SV Alliance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev