SHELL Malaysia sebentar tadi memperkenalkan koleksi kereta kawalan jauh (RC) eksklusif hasil kerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia.
Koleksi kenderaan RC itu menggunakan teknologi Bluetooth dan juga koleksi Star Wars Racer pertama dunia, yang menggabungkan inovasi Shell V-Power dan tarikan filem Star Wars.
Ada enam kereta kawalan jauh ditawarkan iaitu:
- Darth Vader Racer
- Stormtrooper Racer
- Darth Maul Racer
- The Mandalorian Racer
- Boba Fett Racer
- BB-8 Racer
BILA JUALAN BERMULA?
Setiap model kereta RC itu akan ditawarkan setiap minggu bermula 6 Oktober (esok) hingga 19 Oktober 2023 di stesen minyak Shell. Ada dua cara anda boleh mengumpul koleksi kereta RC tersebut iaitu:
1. BELI TERUS LEPAS ISI MINYAK
Beli petrol Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing dengan bayaran minimum RM50 dalam satu resit.
Dengan resit RM50 itu, anda perlu buat bayaran untuk kereta RC sebanyak RM49.90 seunit untuk pembelian model di bawah ini:
- Stormtrooper Racer
- Darth Maul Racer
- The Mandalorian Racer
- Boba Fett Racer
- BB-8 Racer
2. PERCUMA DENGAN MINYAK PELINCIR
Darth Vader Racer pula hanya boleh dimiliki percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra atau Power dalam pek 4 liter di stesen minyak Shell.
BATERI, KOTAK SIMPANAN
Kepada penggemar dan pengumpul koleksi Star Wars, anda boleh membeli bateri Bluetooth pada harga RM30. Syaratnya sama seperti pembelian model kereta RC.
Pengguna juga boleh memiliki kotak simpanan eksklusif pada harga RM89.90. Caranya, anda perlu buat pembelian petrol Shell V-Power Racing minimum RM80 dalam satu resit.
MENGAPA KOLEKSI STAR WARS?
Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata;
Sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan kami memang hangat.
"Pengguna Shell V-Power adalah antara paling bersemangat, dan kami tahu cerita Star Wars popular dalam kalangan peminat pelbagai peringkat umur. Koleksi ini menyerlah dan meraikan semangat komuniti dan kami berharap peminat akan teruja apabila berlumba sesama mereka dengan koleksi baharu ini.
"Sama seperti Shell V-Power yang menyemarakkan semangat perlumbaan dalam diri pelanggan, koleksi tahun ini menzahirkan semangat inovasi Shell untuk sentiasa memberikan pengalaman Better by Far buat semua pelanggan."
Lee Ming berkata, Shell Malaysia ialah syarikat minyak pertama dunia menggabungkan rekabentuk dilhamkan daripada Star Wars dalam bentuk kereta RC dan juga versi digital di Shell Racing App.
Koleksi Star Wars Racer Shell mengekalkan semua ciri istimewa seperti kawalan Bluetooth dan bateri pintar daripada Koleksi Shell Motorsports tahun lalu. Shell Racing App boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.
Leave a Reply