• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike Elektrik, Kawasaki Ninja e-1 ABS, Z e-1 ABS (2024) Kini di AS, Harga Mula RM34.5k!

Sportbike Elektrik, Kawasaki Ninja e-1 ABS, Z e-1 ABS (2024) Kini di AS, Harga Mula RM34.5k!

October 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


WAKIL pengedar motosikal Kawasaki di Amerika Syarikat (AS), Kawasaki Motors Corp mengumumkan maklumat mengenai dua motosikal elektrik jenama itu, Kawasaki Ninja e-1 ABS dan Z e-1 ABS (2024).

Kedua-dua model tersebut akan mula dijual di AS bulan ini dalam satu skema warna, iaitu Metallic Bright Silver/Metallic Matte Lime Green/Ebony (perak-hijau-hitam). Berikut perincian sportbike elektrik itu:

HARGA

  • Kawasaki Ninja e-1 ABS (2024): AS$7,599 (RM35,981)
  • Kawasaki Z e-1 ABS (2024): AS$7,299 (RM34,560)

Tempahan dibuka sehingga 30 November 2023 atau sehingga unit pengeluaran habis dijual. Tempahan perlu dibuat menerusi rangkaian pengedar rasmi Kawasaki dengan bayaran deposit. Kiriman dijangka bermula Disember 2023 sehingga Jun 2024.

*Harga di atas ialah harga runcit yang disyorkan Kawasaki Motors USA. 

SISTEM TRENKUASA ELEKTRIK

  • Menggunakan unit motor elektrik magnet segerak 5kW (6.7hp) dengan kuasa puncak 9kW (12hp).
  • Ada sistem regeneratif tenaga ketika nyah pecutan, tetapi tidak dilengkapi operasi klac seperti motosikal konvensional.
  • Didatangkan dalam dua pek bateri berkuasa 30amp dan boleh tanggal untuk cas semula.

CARA CAS PEK BATERI

  • Ada tiga cara mengecas bateri, iaitu menggunakan soket rumah, memasukkan pek bateri dalam dok pengecas atau dicas tanpa menanggalkan bateri.
  • Tempoh mengecas penuh mengambil masa kira-kira 3.7 jam.
  • Sistem lampu dan panel meter menggunakan bateri berasingan berkapasiti 12V, sama seperti motosikal konvensional.

JARAK TUNGGANGAN

  • Kawasaki mendakwa anggaran tunggangan untuk sekali cas penuh ialah 41 batu (~70km) menggunakan mod Road, tanpa mengaktifkan sistem e-Boost.
  • Bagaimanapun, jarak tunggangan juga dipengaruhi faktor berat penunggang, rintangan angin dari depan atau belakang, tunggangan mendaki atau menurun bukit, dan cara tunggangan.

MOD KUASA

  • Kawasaki Ninja e-1 dan Z e-1 menyediakan dua mod kuasa dan fungsi e-Boost.
  • Mod Eco membantu melanjutkan jarak tunggangan dan menawarkan halaju terkawal hingga 60kmj.
  • Mod Road pula sesuai untuk tunggangan harian dengan halaju hinga 80kmj.

  • Fungsi e-Boost membolehkan penunggang menikmati kuasa ekstra seketika untuk pecutan atau lebih laju.
  • e-Boost boleh digunakan dalam kedua-dua mod, yang mana halaju meningkat kepada ~100kmj untuk mod Road, dan ~70kmj (Eco).
  • Perlu diingatkan, fungsi e-Boost cuma bertahan 15 saat setiap kali diaktifkan. Had masa itu bertujuan mencegah fenomena panas lampau (overheating).

MOD WALK

  • Untuk membantu anda parkir Ninja e-1 atau Z e-1, Kawasaki juga menyediakan mod Walk untuk memudahkan motosikal ini diparkir.
  • Dalam mod Walk, paparan meter bertukar merah sebagai tanda mod itu sedang diaktifkan.
  • Caranya, penunggang cuma perlu memulas terotel untuk menggerakkan motosikal ke depan dengan kelajuan dihadkan maksimum 5kmj. Kemudian, tutup saja terotel dan motosikal akan mengundur pada kelajuan kira-kira 1.8kmj.

PERINCIAN

  • Mengetengahkan rekabentuk famili masing-masing, iaitu siri Ninja dan Z dengan frem trellis keluli, cuma berbeza gaya.
  • Fork teleskopik 41mm dengan jarak travel 119mm di depan, dan monoshock Uni-Trak boleh laras 4-tetapan prabeban dan jarak travel 132mm (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 290mm dengan kaliper 2-piston (depan), dan cakera tunggal 220mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard.
  • Rim aloi 17 inci.
  • Dimensi panjang 1,981mm, dan jarak roda 1,369mm. Jarak tinggi bumi 170mm. Tinggi pelana 785mm.
  • Bagaimanapun, dimensi lebar, tinggi dan berat kedua-dua model adalah berbeza seperti berikut:
    • Kawasaki Ninja e-1 ABS: Lebar 689mm; Tinggi 1,105mm; Berat 140kg.
    • Kawasaki Z e-1 ABS: Lebar 729mm; Tinggi 1,034mm; Berat 135kg.
  • Panel meter TFT berwarna 4.3 inci dengan latar cahaya boleh tukar cerah kepada gelap, atau tetapan automatik.
  • Panel meter dilengkapi konektiviti Bluetooth dengan telefon pintar menerus aplikasi Kawasaki Rideology.
  • Ada ruang simpanan 5 liter pada bahagian tangki minyak di depan, dan ruang kecil bawah pelana.

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki Motors Corp, Kawasaki Motors USA, Kawasaki Ninja e-1 ABS, Kawasaki Z e-1 ABS, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my