• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR

Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR

October 3, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menerima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan raya menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan Ogos lalu berbanding sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini perkembangan baik dan menjadi bukti keprihatinan rakyat serta usaha proaktif Kerajaan dalam memastikan infrastruktur jalan dalam keadaan baik dan selamat.

Beliau berkata, pengalaman Malaysia berhubung keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya itu itu turut dikongsi pada Kongres Jalan Sedunia ke-27, anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) berlangsung di Prague, Republik Czech sejak semalam hingga 6 Oktober depan.

Dalam ucapan pembukaan disampaikan Presiden PIARC Nazir Alli di kongres ini, beliau menegaskan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan ini tentunya selari semangat yang diangkat dalam kempen MYJalan.

"Kempen ini bertujuan meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pemain industri dan agensi kerajaan bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kempen itu juga menurutnya selaras strategi Wawasan Sifar (Vision Zero) yang diperkenalkan Sweden dan diimplementasikan banyak negara termasuk Malaysia, serta Kesatuan Eropah (EU) sejak 2019 untuk memastikan generasi akan datang mempunyai pemikiran 'kemalangan boleh dicegah dan setiap kematian dalam kemalangan tidak boleh diterima'.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi MYJalan, Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Kementerian Kerja Raya (KKR), MYJalan, MyJalan KKR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my