• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu

#Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu

October 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Land Cruiser terkenal dengan karakter lasak, tetapi model trak pikap yang anda lihat ini membuktikan kenderaan jenama Jepun itu mampu mengharungi tahap kerosakan teruk selepas terlibat satu kemalangan di Arab Saudi.

Satu klip video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan sebuah Land Cruiser dalam kondisi rosak teruk sedang dipandu ke stesen servis baik pulih Toyota.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by خالد العجمي | KHALID AL AJMI (@lc300.qa)

Menurut laporan, model itu nampak seperti varian kabin tunggal (single-cab) Land Cruiser 70 Series. Klip video tersebut dikongsi Khalid Al Ajmi di Instagram yang menarik perhatian ramai peminat Toyota seluruh dunia.

Portal permotoran dari Amerika Syarikat (AS) CarScoops menghubungi Khalid untuk mengetahui maklumat mengenai klip video tular tersebut.

Menurut Khalid, pemilik  Land Cruiser itu sedang memandu trak pikap itu di satu kawasan pergunungan di Arab Saudi sebelum kenderaannya itu terjatuh gaung.

Trak pikap itu dikatakan berguling beberapa kali, tetapi pemiliknya disahkan selamat tanpa kecederaan parah. Ajaibnya, trak pikap tersebut masih berfungsi.

Rahsia Land Cruiser itu masih boleh dipandu walaupun keseluruhan badan rosak teruk adalah binaan casis ladder-frame yang terselamat daripada kerosakan.

Jika frem, enjin dan suspensi dapat dibaiki, termasuk menukar semua komponen rosak, besar kemungkinan trak pikap itu boleh kembali dipandu,. Bagaimanapun, kerja membaik pulih itu pasti cabaran besar buat mekanik Toyota bertugas.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Khalid Al Ajmi, Land Cruiser 70 Series, Roda4, Toyota Land Cruiser, Toyota Land Cruiser 70 Series, Trak, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev