• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis: Suspek Pukul Penunggang GrabFood Tepi Jalan Kena Cekup, Positif Dadah

Polis: Suspek Pukul Penunggang GrabFood Tepi Jalan Kena Cekup, Positif Dadah

October 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS baru saja menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam insiden membelasah orang awam tepi jalan di persimpangan lampu isyarat, Jalan Langat-Klang di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dibuat pasukan D7 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Beliau berkata;

Polis menangkap tiga suspek warga tempatan yang berumur antara 28 hingga 39 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta. Semakan ke atas semua suspek mendapati mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

"Ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati, suspek utama yang berumur 39 tahun positif metamfetamin."

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hoong Fong berkata, permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dimohon di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Polis semalam menerima laporan daripada seorang warga tempatan berusia 21 tahun yang mendakwa dirinya ditahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki. Mangsa melaporkan seorang daripada lelaki tersebut bertindak memukul dan merosakkan motosikal miliknya.

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abang Saga Kena Tangkap, autoterkini, Cha Hoong Fong, Pukul Penunggang Motosikal, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan
    Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan

PANDU UJI

JAECOO J8 Diuji Atas Jalan Berlumpur, Suspensi SUV Segmen-D Terbaik

Pengembaraan Off-Road Premium Pertama di Sepang Bay 13 Dua minggu … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev