DUCATI sekali lagi dikatakan menjadi mangsa klon pengeluar motosikal di China. Kali ini, model yang menjadi topik perbincangan ialah sportbike Ducasu DK400.
Motosikal klon itu bukan saja aspek rekabentuk, tetapi juga kombinasi nama syarikat, jenis font dan logo. Lihat saja perbandingan logo di bawah ini:
Logo Ducati di atas diambil daripada laman Facebook rasmi. Anda sudah tentu sedia maklum pengeluar Itali itu sebelum ini pernah menukar logo rasmi beberapa kali. Logo Ducasu dari China itu pula diambil daripada laman web Ducasu Bike.
Mengenai sportbike Ducasu DK400, ada beberapa laporan mendakwa model itu mirip Ducati Supersport 950 S. Lihat perbandingan foto di bawah ini:
Sportbike China itu menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 385cc penyejukan cecair dengan output kuasa 25hp dan tork 28.5Nm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.
Ciri lain model klon itu ialah:
- Swingarm sebelah aluminium. Panel meter jenis TFT. Berat 195kg.
- Ducasu DK400 didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan hitam, manakala dimensi panjang 2,020mm, lebar 740mm dan tinggi 1,150mm.
- Komponen lain dipasang ialah rim aloi 17 inci yang dibalut tayar 120/70 (depan) dan 160/70 (belakang).
- Sistem brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Dilengkapi kamera defisini tinggi (HD) 1080 dengan ciri antigegar.
Sebagai makluman, Ducasu turut menawarkan beberapa model motosikal dan skuter elektrik jenama itu.
SIAPAKAH DUCASU?
Ducasu adalah salah satu jenama di bawah Shanghai Jianshe Motorcycle Technology Company Limited. Tiada maklumat berapa lama jenama itu sudah berada di pasaran. Bagaimanapun, firma induk sudah beroperasi sejak 1994, termasuk mengeksport produk ke luar negara.
Ducati sebenarnya turut dijual di pasaran China dengan menawarkan barisan penuh produk motosikal jenama itu, model Supersport 950 dan Supersport 950 S.
SUMBER: RideApart
Leave a Reply