• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

October 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TESLA Malaysia secara rasmi membuka ibu pejabat di Cyberjaya hari ini, terletak bersebelahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.

Premis berkeluasan 55,000 kaki persegi itu juga berperanan sebagai hab penyerahan kenderaan elektrik (EV) jenama Tesla, Pusat Pengalaman (Experience Center), Latihan dan Pemasaran. Premis sama juga berperanan sebagai pusat baik pulih kenderaan dan gedung alat ganti menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, ibu pejabat Tesla Malaysia itu juga dilengkapi stesen pengecas dengan kemudahan lapan unit pengecas Supercharger (DC) dan 12 lagi pengecas Wall Connector (AC). Bagaimanapun, kemudahan pengecasan itu cuma untuk kegunaan pihak Tesla Malaysia dan belum dibuka kepada pelanggan.

Di Experience Center, ruangan tersebut boleh memuatkan empat model serentak. Bagaimanapun, buat masa ini, Tesla Malaysia cuma menawarkan Model 3 dan Model Y untuk tempahan dengan penghantaran dijangka bermula akhir tahun ini dan 2024.

Premis tersebut dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan beberapa tetamu kehormat lain.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ibu Pejabat Tesla Malaysia, Roda4, Tesla Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my