• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Motor Buang Brek Belakang, Pasang Tayar Sotong Sebab Nak Bagi Y15ZR Laju

Mat Motor Buang Brek Belakang, Pasang Tayar Sotong Sebab Nak Bagi Y15ZR Laju

September 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MENANGGALKAN brek belakang dan menggunakan tayar 'sotong' mampu menambah kelajuan motosikal. Benarkah?

Begitulah fahaman seorang individu berumur 25 tahun yang mengakui menggunakan  'formula' tersebut kerana terpengaruh dengan rakan selain menjadi trend mat motor di media sosial.

Suspek penunggang lelaki itu ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam satu  Op Khas Motosikal di Plaza Tol PJS kira-kira jam 5 petang, Rabu lalu.

Sinar Harian melaporkan Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata;

Pemeriksaan pada motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangnya mendapati banyak kesalahan dikesan, antaranya tiada brek belakang, guna tayar sotong dan tiada cermin sisi."

Menurut Ahmad Kamarunzaman, soal siasat awal mendapati suspek mendakwa terpengaruh rakan selain media sosial dan mahu mengikut trend semasa kononnya mahu menambah kelajuan. Lebih parah, motosikalnya turut disita kerana tidak mempunyai cukai jalan.

Operasi turut dilakukan di beberapa lokasi lain sekitar Selangor antara jam 8 pagi hingga sekitar 11.50 malam. Sebanyak 1,506 motosikal diperiksa dan 951 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Kamarunzaman Mehat, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan, Op Khas Motosikal, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my