• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WTC Automotif Bawa Masuk GAC GS3 Emzoo, GAC Emkoo ke Malaysia Tahun Depan!

WTC Automotif Bawa Masuk GAC GS3 Emzoo, GAC Emkoo ke Malaysia Tahun Depan!

November 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


WTC Automotif (M) Sdn Bhd bakal membawa masuk dua kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu dari GAC Motor, iaitu GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo ke pasaran Malaysia tahun depan!

GAC GS3 Emzoom ialah model generasi kedua kepada GAC GS3 yang kini dijual di Malaysia. Model baharu itu dijangka diperkenalkan di pasaran tempatan pada suku pertama tahun depan, disusuli GAC Emkoo pada suku keempat 2024.

Sebagai SUV segmen-B, barisan pertama GAC GS3 Emzoom bakal diperkenalkan di Malaysia dalam versi import penuh (CBU), tetapi WTC mengesahkan versi pemasangan tempatan (CKD) bakal diperkenalkan dalam tahun sama.

Berikut perincian GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo:

1. GAC GS3 Emzoom

Trenkuasa

  • Dijana enjin  1.5L turbo berkuasa 174hp @ 5,500rpm dan tork 270Nm @ 1,400-4,500rpm.
  • Menggunakan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah.
  • Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam masa 7.5 saat.
Luaran

  • Gril depan agresif, dinamakan Flying Wing Grille, diilhamkan daripada Gundam.
  • Lampu depan Laser Eye LED bentuk segi tiga, dan  lampu kabus LED.
  • Rim gelap 19 inci.
  • Ada bumbung suria panoramik dan rel bumbung.
  • Lampu belakang LED, dipanggil Dart Tail Light.
  • Tiada ciri but elektrik, kapasiti but 341 liter, dan ada tayar simpanan.
Dalaman

  • Kluster instrumen digital 7 inci.
  • Unit infotainment 10.25 inci.
  • Kerusi depan boleh laras elektrik dengan fungsi ventilasi (kerusi pemandu)
  • Pengecas wayarles dengan ventilasi.
  • Tombol gear elektronik jenis kristal.
  • Tempat duduk belakang boleh lipat rata dan ditukarkan kepada tempat tidur bersaiz 1.8 meter
  • Lantai kaki jenis rata di tempat duduk belakang.
  • Ada corong penyaman udara di belakang.
  • Pilihan warna kabin biru/hitam dan kuning cair/hijau.

2. GAC Emkoo

Trenkuasa

  • Di China, model ini menggunakan enjin hibrid 2.0L Atkinson yang menghasilkan output kuasa 103kW (138hp) @ 6,000rpm dan tork 180Nm @ 4,500rpm.
  • Turut ditawarkan dalam enjin 2.0L turbo berkuasa 252hp dan tork 400Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Untuk pasaran Malaysia, GAC Emkoo mungkin menerima enjin sama seperti GAC GS3 Emzoom, iaitu enjin 1.5L turbo berkuasa 174hp dan 270Nm yang dipadankan transmisi DCT 7-kelajuan.
Bahagian Luaran

  • Gril depan dengan efek lampu berirama.
  • Lampu LED, dinamakan Eye of Enlightenment.
  • Bahagian tepi ada rel bumbung yang bersambung dengan spoiler belakang.
  • Hendal pintu tersembunyi elektronik.
  • Lampu belakang diilhamkan daripada pedang lightsaber
  • Spoiler belakang Mecha Style.
  • Bahagian belakang ada difuser dan muncung ekzos palsu.
Bahagian Dalaman

  • Stereng bawah rata tanpa pedal syif.
  • Unit infotaiment 10.1 inci.
  • Paparan kluster instrumen digital
  • Tombol gear elektronik dengan kristal
  • Ruang simpanan tambahan bawah konsol tengah
  • Brek parkir elektronik (EPB)
  • Pengecas telefon wayarles
  • Hendal pintu dalam unik
  • Lantai rata dan corong penyaman udara belakang
  • Bumbung suria panoramik dengan visor matahari elektronik
  • Ada tiga warna kabin: hitam, kelabu dan hijau/hitam dan merah/kuning air dan coklat

Dari segi keselamatan, kedua-dua model dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) dengan enam beg udara, tetapi Sistem Brek Bersepadu Bosch (Bosch Integrated Braking System, Onebox) hanya diberikan untuk Emkoo.

Harga: GAC GS3 Emzoom vs GAC Emkoo

Masih tiada harga rasmi didedahkan untuk dua model SUV dari China itu bagi pasaran Malaysia.

Namun jika dibandingkan harga di China dan ditukar terus ke matawang kita, GAC GS3 Emzoom cuma harga RM82,340, manakala GAC Emkoo sekitar RM103,000 sahaja.

Agaknya, berapakah harga bakal diletakkan WTC pada GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo di Malaysia tahun depan?

BACA >>> GAC GS3 Turbo (2023) Bakal Tiba ke Malaysia Sebagai Unit CKD
BACA >>> WTCA Umum Projek CKD Pertama Asean untuk Model GAC MOTOR, Bernilai Lebih RM60j!

GAC Emkoo 2023-1
GAC Emkoo 2023-2
GAC Emkoo 2023-3
GAC Emkoo 2023-4
GAC Emkoo 2023-5
GAC Emkoo 2023-6
GAC Emkoo 2023-7
GAC Emkoo 2023-8
GAC GS3 Emzoom 2023-1
GAC GS3 Emzoom 2023-2
GAC GS3 Emzoom 2023-3
GAC GS3 Emzoom 2023-4
GAC GS3 Emzoom 2023-5
GAC GS3 Emzoom 2023-6
GAC GS3 Emzoom 2023-7
GAC GS3 Emzoom 2023-8
GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo 2023- 1
GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo 2023- 2
GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo 2023- 3
GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo 2023- 4
GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo 2023- 5
GAC GS3 Emzoom dan GAC Emkoo 2023- 6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GAC Emkoo, GAC GS3 Emzoom, GAC Motor Malaysia, Roda4, SUV, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini
    PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev