• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!

JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!

September 26, 2023 By Azhan O Leave a Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan, terutama lori membawa muatan pasir, bermula minggu depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Aedy Fadli Ramli berkata, operasi khas itu dilaksanakan berikutan kemalangan membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, Rabu lalu hingga menyebabkan dua maut.

Arahan dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ setiap negeri membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Operasi khas itu akan diketuai pengarah JPJ setiap negeri. Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar, malam tadi.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, dan tujuh lain cedera selepas sebuah treler muatan batu pasir merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

Beliau berkata, laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan mengenai kemalangan itu dijangka diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin depan.

Bagaimanapun, perincian laporan tidak boleh didedahkan dan siasatan mendalam berhubung kemalangan sedang dijalankan JPJ selaras arahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kami baru saja terima laporan itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan,” katanya.

SUMBER: Bernama

Related

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, kemalangan jalan raya, Sekatan Jalan Raya (SJR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev