• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Terlibat Nahas Enam Beranak Maut di Segamat

APAD Batal Lesen Pengendali Syarikat Terlibat Nahas Enam Beranak Maut di Segamat

September 26, 2023 By Han Othman Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori dikendalikan syarikat itu di KM5 Jalan Segamat-Kuantan, Segamat yang menyebabkan enam beranak maut pada 1 September lalu.

Menurut APAD, hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen ditetapkan.

Pembatalan lesen berkenaan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan pemanduan secara berbahaya.

"Kedua, gagal mematuhi syarat lesen keperluan keselamatan seperti mana senarai di bawah pemeriksaan dan audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Ini termasuk gagal memperbaharui lesen kenderaan bermotor (LKM) bagi kenderaan lori yang tamat tempoh ketika kemalangan berlaku," kata kenyataan APAD, hari ini.

Menurut APAD lagi, pihaknya turut mendapati syarikat tersebut turut mempunyai rekod saman lampau tinggi.

"Selepas pembatalan tersebut, sebarang transaksi berhubung Lesen Pengendali bagi syarikat berkenaan tidak dibenarkan.

"Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya."

APAD turut mengingatkan mana-mana pengendali berlesen supaya memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dan memastikan aspek keselamatan dan kebajikan pemandu terjaga setiap masa.

Enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan tersebut terdiri daripada pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46 tahun, dan Norahimah Noor Muhammad, 43 tahun, serta empat anak mereka - Fatimatulzahrah, 17 tahun; Seri Khadijah Aqilah, 13 tahun; Rufaidatul Asyariyah, 10 tahun, dan Muhammad Assyakrawi, 5 tahun.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dinaiki bertembung sebuah lori. Selain lori dan Alza mangsa, tiga kenderaan lain turut terlibat dalam nahas berkenaan, iaitu sebuah Honda HR-V, sebuah Proton Wira dan sebuah Perodua Bezza.

SUMBER: Awani

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), APAD, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, kemalangan jalan raya, Lesen Kenderaan Bermotor (LKM), Nahas Enam Beranak Segamat, Sepadu Ikhlas Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my