• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sportbike '4 Dapur' Voge RR 666 S (2024) Debut di China, Kelajuan Maksimum Lebih 240kmj!

Sportbike '4 Dapur' Voge RR 666 S (2024) Debut di China, Kelajuan Maksimum Lebih 240kmj!

September 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari China, Voge memperkenalkan supersport terbaharu, Voge RR 666 S (2024) untuk pasaran negara itu yang didakwa mampu mencatat kelajuan maksimum lebih 240kmj!

Laporan sportbike kategori middleweight itu pernah kami laporkan sebelum ini berikutan tular beberapa foto pembentangan dalam persidangan pengedar Voge sekitar Februari lalu.

Voge RR 666 S (2024) - 8
Voge RR 666 S (2024) - 1

Voge ialah jenama motosikal premium, juga subsidiari kepada Loncin di China. Mungkin ada sudah ketahui, Loncin ialah rakan perniagaan BMW di China yang terlibat dalam pembekalan enjin untuk model BMW F 850 dan BMW F 900.

Menariknya, Voge RR 666 S (2024) ialah sportbike dengan teknologi termaju dikeluarkan Voge yang menggunakan trenkuasa 16-injap 4-silinder sebaris 660cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).

Khabarnya, motosikal itu menawarkan kuasa sekitar 100hp dan pecutan 0-100kmj sepantas 3.5 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 240kmj!

Malah, enjin digunakan bukan produk kejuruteraan semula (rebadging) seperti pernah dilakukan Loncin dengan trenkuasa Honda CB500. Sebaliknya, Voge menggunakan enjin baharu dibangunkan sendiri putaran rev setinggi 13,000rpm.

Voge RR 666 S (2024) akan menggunakan suspensi boleh laras penuh daripada KYB dengan set brek cakera kembar Brembo di depan berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi.

Selain itu, supersport itu juga dilengkapi sepasang winglet dan menggunakan swingarm sebelah daripada aluminium.

Voge RR 666 S (2024) - 5
Voge RR 666 S (2024) - 3
Voge RR 666 S (2024) - 11
Voge RR 666 S (2024) - 8
Voge RR 666 S (2024) - 9
Voge RR 666 S (2024) - 12
Voge RR 666 S (2024) - 10
Voge RR 666 S (2024) - 7
Voge RR 666 S (2024) - 4
Voge RR 666 S (2024) - 2
Voge RR 666 S (2024) - 1

SUMBER: RideApart | Motorrad

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, China, Loncin, motosikal supersport, roda2, Sportbike Middleweight, supersport, Voge, Voge RR 666 S (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev