IMEJ streetbike 150cc, Bajaj Pulsar N150 kini tular di media sosial yang dijangka dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi di pasaran India.
Malah tempahan tidak rasmi juga sudah dibuka dengan deposit serendah 1,000 rupee (RM56).
Namun, Bajaj kini sudah pun memiliki barisan streetbike seperti P150, N160 dan Pulsar 150. Jadi di manakah letaknya posisi N150?
Dalam barisan model disebut di atas, Pulsar N160 mendapat respons yang lebih baik daripada kalangan pembeli berbanding P150, manakala Pulsar 150 memberikan nilai sentimental kepada peminat Bajaj.
Memandangkan P150 meraih populariti seperti dijangka, Bajaj kemungkinan memperkenalkan Pulsar N150 sebagai pengganti atau penerus legasi P150.
Apakah bezanya tanda nama N dan P dalam siri Pulsar?
Pulsar P150 memiliki sosok badan langsing, manakala model N lebih maskular yang mirip bahasa rekabentuk Pulsar ketika ini. Jadi dengan pengenalan N150, Bajaj dapat memberikan perbezaan yang jelas dengan P150.
Pulsar P150 dikuasakan enjin silinder tunggal 149.68cc penyejukan cecair dengan teknologi bahan api (FI) yang memberikan output kuasa 14hp dan tork 13.5Nm. Sistem transmisi jenis manual 5-kelajuan yang memberikan penjimatan 60.2km per liter.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoschock di belakang dengan dipasangkan brek cakera pada kedua-dua roda.
Berdasarkan imej bocor, Bajaj Pulsar N150 didatangkan dalam skema warna, merah dan putih. Harga pula dianggarkan 118,000 rupee (RM6,650).
BACA >>> Bajaj Pulsar P150 (2023) Lancar di India, Harga Mula RM6.5k
SUMBER: AutoCarIndia | BikeWale
Leave a Reply