• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Arah Pengedar Hentikan Jualan Semua Motosikal Petrol di AS, Kanada

BMW Arah Pengedar Hentikan Jualan Semua Motosikal Petrol di AS, Kanada

September 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW mengeluarkan notis henti jualan serta-merta yang membabitkan barisan produk motosikal di Amerika Syarikat (AS).

Notis tamat jualan itu membabitkan model baharu dan model terpakai menerusi rangkaian pengedar BMW Motorrad di seluruh Amerika Utara, lapor portal VisorDown.

Notis henti jualan itu hanya membabitkan motosikal BMW berasaskan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE). Ini bermaksud hanya model elektrik penuh, iaitu BMW CE-04 menjadi satu-satunya model dibenarkan dijual sepanjang notis tersebut berkuat kuasa.

Model elektrik itu terkecuali daripada notis henti jualan kerana masalah yang berlaku ada kaitan dengan sistem pemeluwap (evaporative) motosikal BMW ICE. Kenyataan BMW North America berkata;

BMW North America memang dedikasi membekalkan kenderaan kepada pelanggan yang memenuhi jangkaan.

"Untuk memastikan kenderaan kami menepati standard tertinggi dalam industri, BMW menjalankan ujian dan penilaian  berterusan.

"Susulan analisis kualiti baru-baru ini, BMW sedang mengambil tindakan membuat penilaian lanjut mengenai material digunakan dalam salah satu komponen sistem pemeluwap motosikal, yang mungkin tidak dihasilkan mengikut spesifikasi material.

"Susulan perkara itu, BMW North America mengeluarkan satu (notis) pemberhentian jualan (bersifat) sementara untuk semua model baharu dan pramilik motosikal BMW dalam simpanan pengedar, kecuali CE 04.

"Henti jualan sementara itu tidak membabitkan aspek keselamatan dan pemilik BMW boleh terus menunggang seperti biasa."

Tindakan pengeluar Jerman itu mengeluarkan notis hentikan jualan dibuat secara sukarela tanpa arahan badan penguat kuasa AS. Salah satu pengedar utama BMW memberitahu portal Jalopnik, tindakan menghentikan jualan itu tidak pernah berlaku dan tidak melibatkan pasaran Mexico.

Ini mungkin perkara kecil atau boleh jadi juga sangat besar. Aku rasa ini memang akan jadi (isu) besar.

"Mereka (BMW) mendakwa ia berhubung kebimbangan kawalan kualiti mengenai material atau material dalam komponen.

"Mereka ada memaklumkan sesuatu tentang evap (pemeluwap), atau emisi tetapi melalui (komunikasi) Zoom sehala, kami tak dapat tanya soalan."

SUMBER: Jalopnik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW CE 04, BMW Henti Jualan Motosikal, BMW Motorrad, BMW North America, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev