• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-3 dan Mazda2 Dipertingkat Untuk Jepun, Lama Di Pasaran Kekal Relevan

Mazda CX-3 dan Mazda2 Dipertingkat Untuk Jepun, Lama Di Pasaran Kekal Relevan

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

MAZDA CX-3 dan Mazda2 dibangunkan dari platform yang sama dan kedua-duanya diperkenal pada 2014. Kitaran hayat kedua-dua model itu terus dipanjangkan apabila Mazda memperkenalkan versi yang dipertingkat di Jepun.

Mazda2 mula diedarkan pada Disember 2023 manakala CX-3 pada Februari 2024. Perubahan kali ini merangkumi khidmat terhubung dan aksesori.

Ini perubahan terbaru Mazda2 selepas tampil sporty (2014), premium (2019) dan funky (2023). Mazda CX-3 kali ketiga selepas 2018 dan reka bentuk luaran tidak jauh berbeza daripada model asal.

Kesemua CX-3 dan varian terpilih Mazda2 dilengkapi khidmat terhubung Mazda Connect susulan permintaan yang banyak dari penggguna.

Untuk Mazda2, pakej aksesori SCI-FI ditambah kepada varian 15 BD dan XD BD. Pelanggan yang mahukan imej lebih ceria boleh dapatkan warna hitam dan riasan lime green.

CX-3 pula mempunyai varian edisi istimewa dalam warna Vivid Monotone dan nampak sama seperti versi rupa baharu yang diperkenal di Thailand pada awal September.

Selain itu, CX-3 dengan enjin SKYACTIV-D 1.8 liter kini lebih berkuasa. Rasa kebersamaan dengan kereta juga dipertingkat dan memberi tindak balas lebih jitu sama ada di bandar atau lebuh raya.

Ciri-ciri Mazda CX-3 dan Mazda2 2024:

  • Fungsi Mazda Connect pada kesemua varian CX-3 dan Mazda2 15 SPORT dan XD SPORT+.
  • Pilihan untuk Mazda2 15C, XD, 15 BD dan XD BD.
  • Skrin lebih besar berukuran 8.8 inci dengan kualiti bunyi dan suara yang dipertingkat.

Mazda CX-3 2024:

  • Edisi istimewa baharu Vivid Monotone untuk kedua-dua enjin petrol SKYACTIV-G 1.5 dan diesel SKYACTIV-D 1.8.
  • Warna badan Aero Gray Metallic dengan bumbung dan pendakap badan warna hitam kilat. Bingkai jeriji warna krom hitam dan jeriji warna hitam kilat.
  • Rim aluminium 18 inci dalam kemasan hitam metalik dan kesan mesin.
  • Tema dalaman dengan pengaruh pakaian sukan. Warna riasan kelabu kebiruan pada permukaan papan pemuka dan panel pintu, warna tembaga pada bingkai corong penyaman udara.
  • Balutan Leganu (kulit tiruan seperti suede) dengan permukaan tidak licin untuk memastikan badan tidak bergerak dan kulit sintetik.
  • CX-3 15S Urban Dresser menerima pakej hitam kilat sebagai ciri asas yang sebelum ini dijadikan pilihan pembelian.
  • Warna rim dan rekaan kerusi baharu untuk CX-3 15S Touring dan XD Touring.
  • Pilihan warna baharu Aero Gray Metallic.
  • Selain transmisi automatik enam kelajuan 6EC-AT, varian diesel turut ditawarkan dengan transmisi manual enam kelajuan 6MT. Pilihan pacuan 2WD atau 4WD.
  • Daripada 2,279,200 yen (RM71,947) bagi varian 15S Touring 2WD SKYACTIV-G1.5 hingga 3,434,200 yen (RM108,408) untuk varian premium XD Vivid Monotone 4WD SKYACTIV-D1.8.

Mazda CX-3 SKYACTIV-D 1.8 2024:

  • Daya kilas lebih tinggi pada julat kelajuan enjin yang lebih besar. Hantaran daya kilas dinikmati serta-merta apabila pedal minyak ditekan semasa memotong.
  • Kawalan kebuk pembakaran dipertingkat untuk penghantaran daya kilas tanpa tangguhan semasa pedal minyak ditekan.

Mazda2 2024:

  • Pakej aksesori SCI-FI untuk Mazda2 15 BD dan XD BD.
  • Warna badan Machine Gray Premium Metallic dan Jet Black Mica.
  • Jeriji depan, spoiler dan bampar belakang dan rim dengan riasan green lime.
  • Kit SCI-FI berharga 116,600 yen (RM3,681.89).
  • Mazda2 15 SPORT dan XD SPORT+ datang dengan bumbung, cermin sisi dan antena sirip yu sama warna badan. Hitam dijadikan pilihan pembelian.
  • Pakej utiliti dijadikan ciri asas untuk Mazda2 XD.
  • Selain enjin petrol SKYACTIV-G1.5, pelanggan boleh memilih varian dengan enjin diesel SKYACTIV-D1.5
  • Terdapat juga pilihan 2WD, 4WD, transmisi 6EC-AT dan 6MT.
  • Daripada 1,548,800 yen (RM48,898) bagi varian asas 15C SKYACTIV-G1.5 (mampatan tinggi ) 2WD dan 2,622,400 yen (RM82,794) untuk varian premium XD SPORT+4WD.

BACA >>> Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition

BACA >>> Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'! 

BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!

BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Mazda CX-3 2024

Mazda CX-3 Vivid Monotone 03
Mazda CX-3 Vivid Monotone 04
Mazda CX-3 Vivid Monotone 05
Mazda CX-3 Vivid Monotone 06
Mazda CX-3 Vivid Monotone 07
Mazda CX-3 Vivid Monotone 01
Mazda CX-3 Vivid Monotone 02
Mazda CX-3 15S Urban Dresser 05
Mazda CX-3 15S Urban Dresser 04
Mazda CX-3 15S Urban Dresser 03
Mazda CX-3 15S Urban Dresser 02
Mazda CX-3 15S Urban Dresser 01
Mazda CX-3 15S dan XD Touring

Mazda2 2024

MAZDA2 15BD SCI-FI 04
MAZDA2 15BD SCI-FI 01
MAZDA2 15BD SCI-FI 02
MAZDA2 15BD SCI-FI 03
MAZDA2 15 SPORT 2WD 01
MAZDA2 15 SPORT 2WD 04
MAZDA2 15 SPORT 2WD 05
MAZDA2 15 SPORT 2WD 02
MAZDA2 15 SPORT 2WD 03
MAZDA2 XD SPORT+ 2WD 01
MAZDA2 XD SPORT+ 2WD 02
MAZDA2 XD SPORT+ 2WD 03
MAZDA2 15BD ROOKIE DRIVE 02
MAZDA2 15BD ROOKIE DRIVE 01
MAZDA2 15BD CLAP POP 02
MAZDA2 15BD CLAP POP 01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: mazda, Mazda CX-3, Mazda CX-3 (2024), Mazda2, Mazda2 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev