• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Martin Dedah Detik Cemas Lap Akhir GP India 2023, Nyaris Tewas kepada Quartararo

Martin Dedah Detik Cemas Lap Akhir GP India 2023, Nyaris Tewas kepada Quartararo

September 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JORGE Martin mengesahkan masalah penyahhidratan yang dialami ketika aksi akhir GP India 2023, semalam hampir menyebabkan dia hilang kedudukan tempat kedua kepada Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) di lap akhir.

Pelumba Pramac Ducati itu merebut posisi naib juara apabila juara bertahan, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) terbabas keluar di depan ketika perlumbaan berbaki lapan lap lagi.

The last-lap battle between @88jorgemartin and @FabioQ20 will be hard to forget! 🔥

What a show these two have put on today at Buddh International Circuit! 👏#IndianGP 🇮🇳 pic.twitter.com/xR7VE2rjY7

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) September 24, 2023

Pendahulu perlumbaan, Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) sudah tidak kelihatan dan Martin beranggapan sudah berada dalam zon selamat walaupun Quartararo sedang berusaha merapatkan jurang.

Bagaimanapun, sut kulit pelumba Sepanyol itu terbuka zip pada detik permulaan saingan lap akhir. Beliau ketika itu bukan saja sedang bergelut cuaca panas melampau, tetapi juga risiko penalti.

Keputusanmenarik balik zip sut lumbanya menyebabkan beliau kerugian masa hingga membolehkan Quartararo merapatkan jurang.

Dengan kelebihan masa 1.5 saat pada lap akhir, Martin melakukan kesilapan apabila tersasar di Turn 4 hingga dipintas Quartararo.

gp-india-2023-1
podium-motogp-india-2023

Namun, beliau pantas merampas kembali posisi kedua ketika memasuki Turn 5 dan terus mengekalkan kedudukan hingga garisan penamat.

Martin juga tidak berhenti di parc ferme, sebaliknya terus ke pit Pramac Ducati dan melutut sebelum diberikan air. Upacara podium terpaksa ditangguhkan untuk membolehkan beliau pulih hingga terlepas sidang akhbar pasca perlumbaan GP India yang kali pertama debut dalam kalendar MotoGP 2023.

Martin dalam hantaran rakaman suara berkata;

Korang kena percayakan aku bila aku kata aku dah kasi 100 peratus. Aku alami nyah hidrat ketika perlumbaan berbaki lapan lap. Jadi memang pauah nak tamatkan perlumbaan walaupun aku berjaya kekalkan kelajuan terbaik.

“Masa lap akhir, aku buat silap sebab nyah hidrat sampai tersasar luas, jadi Fabio pintas aku. Tapi aku dapat rampas balik (kedudukan). Aku memang gembira dapat tempat kedua."

Martin kini mengumpul 279 mata, cuma ketinggalan 13 poin daripada jumlah mata terkumpul diraih Bagnaia (292 mata). Kedudukan Bagnaia mungkin berubah jika pelumba pasukan pengilang Ducati itu melakukan kesilapan di GP Jepun 2023, minggu depan.

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Francesco Bagnaia, GP India 2023, jorge martin, marco bezzecchi, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev