• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rai Masuk Kalendar MotoGP, Yamaha MT-15 V2 (2023) Perkenal Tujuh Warna Pilihan di India

Rai Masuk Kalendar MotoGP, Yamaha MT-15 V2 (2023) Perkenal Tujuh Warna Pilihan di India

September 25, 2023 By Han Othman Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor India baru-baru ini meraikan kehadiran India dalam kalendar Kejuaraan Dunia MotoGP dengan memperkenalkan streetbike Yamaha MT-15 V2 MotoGP Edition bersama dua lagi model edisi khas, iaitu sportbike R15M dan skuter hibrid RAYZR 125.

Kini, Yamaha MT-15 V2 itu ditawarkan dalam tujuh warna pilihan baharu!

Dark Matte Blue
Metallic Black
Cyan Storm DLX
Ice Fluo-Vermillion DLX
Racing Blue DLX
Metallic Black DLX
Monster Energy Yamaha MotoGP Edition

Jika versi MotoGP Edition dijual lebih mahal pada harga 172,700 rupee (RM9,730), tetapi versi standard biasa cuma berharga 167,000 rupee (RM9,420) mengiukut warna dipilih. Menariknya ada tujuh warna untuk dipilih seperti Dark Matte Blue, Metallic Black, Cyan Storm DLX, Ice Fluo-Vermillion DLX, Racing Blue DLX, Metallic Black DLX, dan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition.

Aspek mekanikal kekal sama, iaitu:

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 18.1hp @ 10,000rpm dan tork 14.2Nm @ 7,500rpm dengan teknologi suntikan bahan api VVA serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.\
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock dengan swingarm aluminium di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Bosch di depan dan brek cakera tunggal (belakang).
  • Ciri lain diberikan ialah lampu LED penuh, panel meter LCD digital penuh dengan konektiviti telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect untuk akses panggilan masuk, mesej SMS, dan e-mel, selain mengetahui paras bateri, lokasi parkir dan notifikasi kerosakan.
  • Selain ABS juga dilengkapi ciri keselamatan lain seperti Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan klac antigelincir Assist and Slipper (ASC).

Di pasaran India, model ini akan berentap dengan pesaing seperti Hero Xtreme 160R, TVS Apache RTR 160 4V dan Honda Hornet 2.0.

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kejuaraan Dunia MotoGP, naked bike, roda2, streetbike, Yamaha Motor India, Yamaha MT-15 V2 (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my