• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Performance Development (HPD) Kini Jadi HRC US!

Honda Performance Development (HPD) Kini Jadi HRC US!

October 20, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA mempunyai divisyen yang menumpukan  aspek prestasi dan sukan permotoran, iaitu Toyota Racing Development (TRD) dan GAZOO Racing (GR).

Kedua-duanya sama hebat, cuma sekarang TRD lebih menumpukan pasaran Amerika Syarikat (AS) kerana divisyen itu mempunyai penjenamaan kukuh.

Begitu juga Honda, Honda Racing Corporation (HRC) di peringkat global dan Honda Performance Development (HPD) terkenal di AS.

Selepas ini, kedua-dua divisyen itu bakal diseragamkan. HRC di Sakura, Jepun dan HPD di Santa Clarita, California mengumumkan HPD akan menjadi HRC US menjelang musim permotoran 2024.

Melalui perubahan itu, HRC US akan memainkan peranan bersama dalam aktiviti Honda peringkat global yang turut terlibat dalam program Formula Satu (F1).

Bekerjasama sebagai satu divisyen global HRC, kedua-dua sayap bebas perlumbaan Honda itu akan menggabungkan kepakaran dan sumber unik masing-masing bagi memperkukuh keupayaan sukan permotoran Honda.

Honda Racing Corporation (HRC)

Ditubuhkan di Jepun pada 1982 sebagai divisyen perlumbaan motosikal Honda dan kini mempunyai lebih 40 tahun warisan dalam perlumbaan dunia seperti WGP/MotoGP, Superbike, Motocross, World Trial dan Rali Dakar.

Pada 2022, HRC menambah sukan permotoran empat roda, termasuk F1 dengan operasi di Sakura dikhususkan untuk perlumbaan kereta dan Asaka bagi pusat perlumbaan motosikal.

HRC Jepun kini memberi sokongan kepada Red Bull Powertrains untuk unit kuasa F1 yang membantu merangkul kejayaan dunia.

Honda Performance Development (HPD)

Ditubuhkan American Honda Motor Co Inc pada 1993 sebagai divisyen berasingan untuk bersaing dalam siri IndyCar. Honda juga terlibat dalam beberapa projek one-off dan luar biasa. Terbaharu ialah Honda CR-V Hybrid Racer.

Dalam tempoh 30 tahun, HPD menyertai pelbagai siri perlumbaan seperti IndyCar, IMSA, Baja Off-Road, Touring Cars dan Formula Regional America. Melalui HPD juga Honda menjuarai ratusan podium IndyCar.

HPD juga menerajui Acura dalam menjuarai Rolex 24 di Daytona sebanyak tiga kali dan tiga kejuaraan IMSA kategori Pengeluar, Pelumba dan Pasukan sejak 2018.

HRC US

Bermula 2026, HRC akan bekerjasama dengan Aston Martin sebagai pembekal enjin rasmi. Dengan tiga perlumbaan F1 di AS, HRC US akan terlibat sama dalam pembangunan unit kuasa dan sokongan perlumbaan bermula 2026.

Perlumbaan Rolex 2024 di Daytona pada Januari depan akan menjadi perlumbaan sulung buat HRC US dan juara bertahan Acura ARX-06 menggunakan lencana HRC.

BACA >>> Honda City (2023) Baharu Tiba dalam 5 Varian, Ada Honda SENSING, Harga Mula RM84.9k!
BACA >>> Honda X-ADV Special Edition (2024) untuk Eropah dengan Warna Baharu Merah, Kelabu!
BACA >>> Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Performance Development (HPD), Honda Racing Corporation (HRC), HPD, HRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my